Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung Dan Kembali Ke Lembah Klang

SHARE:

Jikalau anda melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jikalau ingin pulang ke kampung terutamanya daripada Lembah Klang. Sila ikut arahan yang...


Jikalau anda melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) jikalau ingin pulang ke kampung terutamanya daripada Lembah Klang. Sila ikut arahan yang diberikan oleh PLUS untuk elakkan kesesakan.
PLUS mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung dan Kembali ke Lembah Klang sempena perayaan Aidiladha bagi perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada 27 Jun hingga 2 Julai 2023.

#PLUS_Comfort #PLUS_Safety #CadanganWaktuPerjalanan

TTA ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat, sekaligus mengurangkan kesesakan.

Di samping jadual TTA, pengguna lebuh raya juga disaran untuk menggunakan Aplikasi PLUS, Waze atau Google Maps untuk mendapatkan pelan perjalanan yang lebih baik dan maklumat trafik terkini di lebuh raya.

#CadanganWaktuPerjalanan
Cadangan perjalanan keluar dari Lembah Klang
27 Jun 2023 - 29 Jun 2023
(Selasa - Khamis)

Sebelum 10:00 pagi
Ke Perlis, Kedah, Pulau Pinang
Perak (Kuala Kangsar - Bukit Merah), Johor

12:00 tengah hari - 3:00 petang
Negeri Sembilan, Melaka & Perak (Tanjung Malim - Ipoh)

Perjalanan kembali ke Lembah Klang
30 Jun 2023 - 2 Julai 2023
(Jumaat - Ahad)

Sebelum 10:00 pagi
Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka & Johor

Semoga semua perjalanan akan menjadi lancar jikalau mengikut Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk balik ke kampung dan kembali ke Lembah Klang mengikut gambar grafik yang dikeluarkan oleh PLUS.

Saya pun akan pulang ke Lembah Klang untuk balik ke rumah pada sabtu ataupun ahad ini selepas tama bercuti. Diharapkan perjalanan tidaklah sesesak yang dijangka kerana akan mengambil masa yang lama untuk pulang ke rumah.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content