CarSeat Subsidiari Malaysia Madani ~ MyCRS 2023: Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak!~ Ayuh! Semak sekarang

SHARE:

MyCRS 2023: Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK BAGI TAHUN 2023 (MYCRS) Insentif MyCRS 2023 ...

MyCRS 2023: Semakan Subsidi Pembelian Carseat Kanak-kanak

SUBSIDI PEMBELIAN CARSEAT KANAK-KANAK BAGI TAHUN 2023 (MYCRS)

Insentif MyCRS 2023 merupakan satu program pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) terbuka kepada KUMPULAN B40 dan M40.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang subsidi pembelian carseat ini bagi tahun 2023 ini untuk makluman bersama.

Oleh itu, diharapkan dengan program ini, penggunaan carseat dapat ditingkatkan di kalangan orang awam melalui insentif.


Jumlah Subsidi MyCRS 2023

Melalui program ini, jumlah insentif yang diberikan di bawah program ini adalah maksimum sehingga RM150.

CRS yang berharga RM150 dan ke bawah boleh dibeli secara percuma, manakala bagi CRS yang berharga RM150 keatas, bayaran tambahan perlu dibuat oleh penerima insentif.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kriteria kelayakan penerima subsidi carseat (CRS) 2023:

  • Penerima insentif adalah daripada kategori pendapatan isi rumah B40 dan M40
  • Mempunyai anak yang berusia kurang daripada 12 tahun termasuk ibu yang sedang mengandung.
  • Warganegara yang menetap di Malaysia
  • Peruntukan yang dibenarkan adalah satu (1) CRS untuk satu (1) isi rumah.

Cara Semakan Kelayakan MyCRS 2023

Anda boleh membuat seemakan kelayakan secara online melalui Portal MyCRS di bahagian Semakan Kelayakan (rujuk gambar di bawah):

Semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang https://www.mycrs.gov.my bermula 19 Jun 2023.

Penerima yang disenarai layak boleh terus menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti di laman sesawang MyCRS.

Bagi individu yang belum pernah memohon, mereka boleh membuat permohonan baharu di laman sesawang www.mycrs.gov.my bermula 1 Julai 2023 sehingga 15 September 2023.


Cara Penebusan

Anda boleh menebus insentif MyCRS 2023 dengan membuat pembelian CRS di mana-mana kedai bayi yang telah berdaftar seperti yang tersenarai di laman sesawang MyCRS (www.mycrs.gov.my).

Dokumen yang perlu dibawa semasa membuat penebusan adalah seperti berikut:

  • Salinan MyKad pemohon; DAN
  • MyKid/Sijil Lahir untuk anak yang berusia kurang daripada 12 tahun; ATAU
  • Buku Rekod Kesihatan Ibu Mengandung @ Buku Pink (untuk anak yang masih dalam kandungan)


Tarikh Semakan Kelayakan

Semakan kelayakan bermula 19 Jun 2023, di mana pembelian boleh mula dibuat bagi pemohon yang lulus.

Tempoh penebusan insentif MyCRS 2023 adalah sehingga 30 September 2023 atau sehingga peruntukan RM12 juta habis ditebus.


Senarai Kedai / Wakil Penjual Berdaftar Dengan Program MyCRS 2023

Pembelian boleh dibuat secara online atau terus ke kedai yang berdaftar.

  • Sila bawa 1 salinan kad pengenalan (IC) pemohon, depan dan belakang, untuk diserahkan kepada wakil penjual.

*** Kegagalan untuk mengemukakan salinan kad pengenalan kepada jurujual boleh menyebabkan tuntutan subsidi tidak dapat dibuat.

Pembelian boleh dibuat di kedai-kedai barangan bayi yang berdaftar bagi program MyCRS. Senarai wakil penjual boleh di dapati di (http://www.mycrs.gov.my/orangawam/retailerlistp).


Maklumat Lanjut

KLIK utk .pdf Download 👈👈👈👈👈👈


Muat turun Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak MIROS:

KLIK utk .pdf Download ðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content