$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Jangan 'Download' Fail APK Elak Jadi Mangsa Scammer

SHARE:

Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat turun sebarang fail dalam format 'andriod package kit' (...


Kuala Lumpur: Orang ramai diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat turun sebarang fail dalam format 'andriod package kit' (APK) kerana dikhuatiri mengandungi perisian hasad atau 'malware' yang digunakan sindiket penipuan atau 'scammer'.

Kini taktik terbaharu rangkaian scammer dikesan menghantar kononnya kad jemputan perkahwinan dalam bentuk fail APK dan pada masa sama, fail berkenaan sudah dijangkiti dengan perisian hasad berkenaan.

Pengguna yang memuat turun fail berkenaan terdedah dengan kebocoran maklumat dan kebanyakan perisian hasad mampu untuk membuka laluan 'back-door' peranti kepada pihak ketiga.

Pengerusi Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Datuk Ahmad Noordin Ismail berkata, taktik terbaharu sindiket penipuan adalah menghantar kad jemputan perkahwinan dalam bentuk format APK berkenaan.

"Berdasarkan beberapa aduan yang diterima, pengguna menerima kad jemputan berkenaan dan peliknya ia dihantar dalam format apk dan bukannya format 'gif' atau 'pdf' yang biasa digunakan untuk dokumen.

"Perisian hasad ini dicipta untuk pelbagai tujuan, ada malware ini dicipta untuk membuka laluan 'back-door' peranti, ada malware untuk membuka akses kenalan (contact) serta fail galeri.

"Ada juga berdasarkan kepada kes lalu, perisian hasad ini dicipta untuk menjejak data kemasukan pengguna atau 'user key in data' seperti kata laluan emel atau perbankan dan sebagainya," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, taktik sindiket penipuan siber pada waktu ini sudah kompleks dan ia tidak hanya melakukan penipuan dengan kaedah konvensional seperti menyamar sebagai pegawai pihak berkuasa dan sebagainya.

Menurutnya, pengguna hari ini perlu lebih peka dan tidak mudah untuk terpedaya dengan taktik baharu sindiket penipuan berkenaan.

Pada masa sama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka atau melayan mana-mana mesej atau hantaran yang meragukan.

Memetik laporan media, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelbagai taktik baharu dilakukan oleh scammer untuk memperdayakan orang ramai termasuk yang terbaharu menerusi hantaran jemputan majlis perkahwinan yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp. - Harian Metro

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content