Dirgahayu Tuanku

SHARE:

DIRGAHAYU TUANKU MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL...

DIRGAHAYU TUANKU
MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH,

DKP., DKM., DK., DMN., SSAP., SIMP., DK.(TERENGGANU)., DK.(JOHOR)., SPMJ., DKMB.(BRUNEI)., DK.(KEDAH)., DK.(PERLIS)., DK.(PERAK)., DK.(SELANGOR).

SEMPENA

SELAMAT ULANG TAHUN HARI JEPEUTERAAN RASMI KEBAWAH DULU YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINA TUANKU

PADA

5 JUN 2023 BERSAMAAN 16 ZULKAEDAH 1444H

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi.

Beliau bagi pihak Kerajaan Perpaduan mendoakan semoga Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

“Semoga baginda kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta.

“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Institusi Raja Berperlembagaan. Dirgahayu Tuanku,” ucapnya dalam satu hantaran di Facebook.

Kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof turut merafak sembah serta mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dirgahayu Tuanku! Patik dengan penuh sembah takzim bersama keluarga mendoakan agar pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku bersemayam di takhta kebesaran dengan penuh kedaulatan, dilanjutkan usia dan sentiasa diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah,” ucap Ahmad Zahid

“Patik dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan. Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku,” ucap Fadillah. – Malaysiapost

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content