Selepas Bawa Anak Ketika Mandi Air Terjun Disuruh Pulangkan, Dia Anak Ku (Seram)

SHARE:

Pulangkan, DIA ANAK KU (SERAM ) Pagi semalam family kak ida pi mandi air terjun di Tupah SP Kedah. Serius kak ida jarang pi tempat macam tu...


Pulangkan, DIA ANAK KU (SERAM)

Pagi semalam family kak ida pi mandi air terjun di Tupah SP Kedah. Serius kak ida jarang pi tempat macam tu.memang dah lama tak pi.. bila dok bincang nak berkelah..kak ida join la dan memang siap siap celak kan anak anak kak ida.

Masa mandi..bagi #RawdaDinara mandi sekali. Dia menanggis sebab sejuk so letak dia kat atas darat dan bagi dia layan abang abang dan sepupu2 dia mandi.. kami enjoy berkelah makan nasi mandi sama sama tak ada apa. Masa naik atas nak salin baju rawda. Mak kak ida kata awat biru rawda ni... kami ingat dia sejuk sampai biru..dia senyap ja maaa tu .tak nanggis..

Pastu naik dalam kereta, tetiba dia panas dan merengek..kak ida bagi susu dan dia tidur. Maybe air sejuk tak sesuai dengan dia sampai demam tetiba.. so balik tu kak ida pon penat ..tidur la dengan dia.. petang sikit dia bangun..dia menanggis tak henti henti. 

Tutup mata... tak mau dok dalam bilik..kena berdukung jaa...

Tak apa lah.. benda ni berlarut sampai malam...kak ipar kak ida ni badan jenis lemah..cepat lah terasuk..benda yang dari air terjun tu marah sebab kata kami ada ambil barang dia.. kami tanya lah ambil apa... dia suruh pulangkan pulangkan.. padahal tak ambil apa apa pon.. rupanya dia nak rawda..dia kata rawda tu anak dia..

Bayi perempuan itu anak aku... pulangkan.. kak ida bengang lah..

Aku beranak penat penat hang ngaku anak hang..ingat aku nak bagi ka.. benda tu marah kak ida... kata kak ida EGO.. memang bukan setakat EGO..KERAS KEPALA SEKALI LAH.. dah anak kak ida.
Dia dok pujuk kak ida bagi RAWDA kat dia.. memang TAK LAHH..

Dia nak sangat sangat rawda.. sebab anak dia dah mati. dia kata dia nak kacau rawda..dia kata lagi nyawa rawda separuh dah tu.. kak ida marah dia.. nyawa anak aku Allah ja boleh ambil . Hang tak ada hak.. aku tak takut dengan hang..aku percaya Allah ja.. sampai pukul 4pagi baru settle .

Rawda masa tu ketar badan..biru jadi badan dia dan mulut dia.. last last masa berubat tu berjaya bunuh benda tu...dan rawda masih demam demam..semoga tak ada apa apa lagi la... serik dah..

Sebenarnya kak ida dah lama tak pi tempat gitu sejak ada abang abang dia lagi..tapi yang ni tak sangka nak jadi.. sebab tak terfikir pon.. Allah serik sungguh... kak ida dah celakkan rawda ..dia kenan jugaa.. tak leh bayang macamana biru badan dia.. uiii dah nak dapat anak pon bukan senang.. pompuan sorang ni ja.

Sungguh serik.. maafkan kak ida sebab tak jadi ibu terbaik.. kak ida share sini supaya ramai lagi ibu ibu lebih berhati hati dari kak ida.

Jangan kecam..kak ida dah lut dengan kecam ni.. cuma sebagai pengajaran bukan kat kak ida sorang..untuk semua jugaa.. sebab kita manusia tak lari dari kesilapan..

Dalam gambar ni, kalau jenis boleh nampak..ada macam perempuan di sebalik pokok sebelah kiri... bayangan hitam...

 
Rawda tu yang dalam bulatan merah.

Sumber : Eida Hidayati Hassan (Moms to 3 kids)

Bagi pendapat saya seeloknya jikalau ada anak kecil bawah 3 atau 4 tahun tidak perlu bawa ke tempat yang sunyi, tiada orang, yang tidak pernah sampai dan sebagainya untuk elak perkara seperti di atas berlaku.

Anda kena ingat bahawa jin itu wujud dan memang nyata dan mempunyai keluarga juga seperti kita. Cuma kita tidak nampak tapi sekali dia ganggu kita memang akan terasa kehadirannya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content