Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Episod 1-28 (Akhir) Tonton iQIYI

SHARE:

Saksikan drama terbaru Bukan Hanya Sekadar Cinta yang akan menemui penonton mulai 24 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, ja...


Saksikan drama terbaru Bukan Hanya Sekadar Cinta yang akan menemui penonton mulai 24 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam menerusi slot Akasia di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Selain tontonan di tv, drama yang bakal menggantikan Kerasnya Takdir ini juga boleh disaksikan secara streaming iaitu menerusi platform www.iq.com atau di aplikasi iQIYI sejam selepas tayangan di tv untuk pengguna VIP dan secara percuma kepada semua 48 jam kemudian.

Drama 28 episod yang merupakan adaptasi novel 'Bukan Hanya Sekadar Cinta' karya Emma Mariam ini merupakan terbitan syarikat produksi A. Aida Production Sdn. Bhd., diarahkan oleh Riza Baharudin dengan nukilan skrip daripada Rehal Nuharis.

OST Drama

Lagu Tema : Dia Penggantimu
Penyanyi : Nadeera Zaini
Komposer : Sharon Paul
Penulis Lirik : Dato' A. Aida

Barisan Pelakon

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta menampilkan barisan pelakon seperti Ismail Izzani, Sofia Dendroff, Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid, Liza Abdullah, Hafidzuddin Fazil, Aleza Shadan, Dian P. Ramlee, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Watak Lakonan

Ismail Izzani sebagai Isa Rafael
Sofia Dendroff sebagai Indah Kamelia
Muaz Zabir sebagai Ilan Rafzal
Daniella Sya sebagai Anne
Syamim Farid sebagai Lisa
Liza Abdullah sebagai Dahlia
Afifah Nasir sebagai Fatimah

Sinopsis Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta bermula dengan kisah pengakhiran ikatan pertunangan antara Ila Rafzal dan Indah Kamalia dengan tanpa sebarang penjelasan yang jelas dibuat kepada Kamelia.

Disebabkan itu, dia kecewa dan marah dengan keputusan yang dibuat oleh Ilan Rafzal itu, Kamelia tekad membawa diri ke Terengganu dan ingin berjauhan daripada segalanya.

Ketika di Terengganu, dia bertemu dengan Isa Rafael iaitu seorang lelaki yang cuba memujuknya dengan meninggalkan sejambang bunga. Namun, lelaki yang disangkakan bisu dan pekak itu berlalu pergi dengan penuh misteri.

Pertemuan itu kemudian membuka lebih banyak peluang mereka meluangkan masa bersama. Isa Rafael hadir menjadi pendengar setia setiap luahan perasaan Kamelia hanya melalui buku nota yang menjadi perantara mereka.

Kehadiran Isa Rafael ketika dia kecewa itu juga membuahkan sebuah ikatan persahabatan yang istimewa.

Suatu hari, Kamelia menerima panggilan telefon yang mengejutkan dan terpaksa bergegas untuk pulang ke Kuala Lumpur, di mana sebuah rahsia menantinya.

Kamelia terus pulang tanpa mengucapkan selamat tinggal atau meninggalkan sebarang nota untuk Isa Rafael.

Apakah rahsia yang menanti Kamelia di Kuala Lumpur? Dapatkah Kamelia dan Isa Rafael bertemu kembali selepas perpisahan yang tidak diduga itu?


Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta Episod 1-28 (Akhir) Tonton iQIYI

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 | EPISOD 14 | EPISOD 15 | EPISOD 16 | EPISOD 17 | EPISOD 18 | EPISOD 19 | EPISOD 20 | EPISOD 21 | EPISOD 22 | EPISOD 23 | EPISOD 24 | EPISOD 25 | EPISOD 26 | EPISOD 27 | EPISOD 28 (AKHIR)

Streaming Online Di Tonton iQIYI (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content