Drama Bunga Aku Tunggu Episod 1-13 (Akhir) Tonton iQIYI

SHARE:

Saksikan drama terbaru Bunga Aku Tunggu yang akan menemui penonton mulai 17 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10....


Saksikan drama terbaru Bunga Aku Tunggu yang akan menemui penonton mulai 17 Mei 2023, bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam menerusi slot Samarinda di TV3 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Selain itu, drama yang bakal menggantikan Segenap Takdir yang telah tamat pada 16 Mei lalu ini juga boleh di strim secara online menerusi platform web www.iq.com atau aplikasi iQIYI sejam selepas tayangan di tv khusus untuk pengguna VIP dan secara percuma selepas 48 jam kemudian.

Drama 13 episod yang membawa genre saspens psikologi ini merupakan terbitan syarikat produksi Wiranusa Corporation Sdn. Bhd., diarahkan oleh pengarah tersohor iaitu Along Kamaludin dengan nukilan skrip dan idea asal daripada Adza Emie.

Drama Bunga, Aku Tunggu menampilkan barisan pelakon seperti Beto Kusyairy, Nelydia Senrose, Shah Iskandar, Reen Rahim, Afifah Nasir, Razzuan Rosli, Azhar Sulaiman, Norlia Ghani, Kuza, Atiq Azman, Abil Qamaruzaman dan ramai lagi.

Watak Lakonan

Beto Kusyairy sebagai Kamal
Nelydia Senrose sebagai Bunga
Shah Iskandar sebagai Ari
Reen Rahim sebagai Haura
Afifah Nasir sebagai Juita
Razzuan Rosli sebagai Adam
Azhar Sulaiman sebagai Tuan Syukri
Norlia Ghani seebagai Nek Su
Kuza sebagai Puan Maria
Atiq Azman sebagai Arjuna

Sinopsis Drama Bunga Aku Tunggu

Ianya mengisahkan tentang Kamal Iman iaitu seorang jurutera komputer genius di tempat kerjanya. Kamal juga seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga.

Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka.

Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara.

Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi.

Kamal kini obses mahu memiliki Bunga dimana dia sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga. Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka?


Drama Bunga Aku Tunggu Episod 1-13 (Akhir) Tonton iQIYI

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 (AKHIR)

Streaming Online Di Tonton iQIYI (Layan Drama Atas Talian)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content