Dulang Boy (TV9)

SHARE:

Saksikan telefilem Dulang Boy yang akan menemui penonton semula pada 23 Jun 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot S...


Saksikan telefilem Dulang Boy yang akan menemui penonton semula pada 23 Jun 2023, bersiaran pada hari Jumaat, jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 di TV9 atau boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my.

Telefilem asalnya ditayangkan pada tahun 2019 ini merupakan terbitan syarikat produksi Konda Kondi Studios Sdn. Bhd., diarahkan oleh Megat Shahrizal dengan nukilan skrip daripada Hadi M. Nor.

Telefilem Dulang Boy menampilkan barisan pelakon seperti Armand Ezra, Indah Emeerlda, Mimi Lana, Anas Ridzuan, Naque Ariffin, Asmidar, Azman Hassan, Ungku Hariz, Fathi Kamil dan ramai lagi.

Watak Pelakon

Armand Ezra sebagai KL
Indah Emeerlda sebagai Yoyo
Mimi Lana sebagai Kak Ros
Anas Ridzuan sebagai Abang John
Naque Ariffin sebagai Faliq
Asmidar sebagai Julie
Azman Hassan sebagai Uncle Rusdi
Ungku Hariz sebagai Aiman Kasut

Sinopsis Dulang Boy

Ianya mengisahkan tentang Kero Lazania (KL), 10 tahun yang telah secara tidak sengaja mengotorkan kasut hantaran kakanya iaitu Kak Ros yang juga merupakan kasuh penting untuk pengantin lelaki.

Kisah bermula pada malamnya sebelum majlis dimana, KL dipanggil untuk membuat raptai angkat dulang. Kerol ditugaskan untuk mengangkat dulang kasut yang akan diberikan kepada pengantin lelaki. Kasut yang diangkatnya itu ialah kasut idamannya.

Pada pagi pernikahan, ketika semua orang sedang sibuk buat persiapan, KL dan kawan baiknya, Yoyo, secara senyap-senyap 'meminjam tanpar izin' kasut itu untuk mengambil gambar.

Sambil mereka bergambar di padang, KL terpijak lecak dan mengotorkan kasut itu. Dia dan Yoyo cuba mencucinya. Macam-macam cara mereka guna sehingga kasut itu terkoyak.

Sebelum dia membawa dulang itu, 'dulang boys' yang lain perasan bahawa kasut itu kotor dan koyak. Mereka menolong dia menutup keburukan kasut itu dengan perhiasan yang lebih elok.

KL lega, namun mereka menyuruhnya untuk berterus-terang dengan ibunya selepas majlis. KL akur. Usai majlis, suasana kembali ceria.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content