Drama Cinta Yang Tertangguh (TV1)

SHARE:

Saksikan drama terbaru Cinta Yang Tertangguh yang akan menemui penonton mulai 23 Jun 2023, bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.4...


Saksikan drama terbaru Cinta Yang Tertangguh yang akan menemui penonton mulai 23 Jun 2023, bersiaran setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.45 petang menerusi slot Widuri di TV1 atau boleh juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my.

Drama bersiri 26 episod yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama 'Cinta Yang Tertangguh' karya Zaza Qry ini merupakan terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amie Maziah dengan nukilan skrip daripada Sharifah Abu Salem.

Drama Cinta Yang Tertangguh menampilkan barisan pelakon seperti Luqman Hafidz, Sweet Qismina, Muaz Fitri, Laila Nasir, Firdaus Ghufran, Arissa Puteri, Eryn Gani, Mustapha Kamal, Halim Radzi, Mimi Ernida dan ramai lagi.

Watak Pelakon

Luqman Hafidz sebagai Adrish Haqiey
Sweet Qismina sebagai Hanania
Muaz Fitri sebagai Jaf
Laila Nasir sebagai Tengku Raziah
Firdaus Ghufran sebagai Syaqer
Arissa Puteri sebagai Mya
Mustapha Kamal sebagai Reza
Eryn Gani sebagai Elisa

Sinopsis Drama Cinta Yang Tertangguh

Ianya mengisahkan Hanania yang menjadi ibu segera kepada dua orang anak saudaranya berikutan kematian mengejut abang ipar dan kakaknya.

Tidak pernah dia mengeluh walaupun terpaksa menjaga amanah itu. Cuma, ketika kawan sekolahnya datang bertemu dengannya, dia terpaksa menipu dek kerana didesak.

Desakan itu membuatkan Hanania menunjukkan gambar bakal suaminya dalam sebuah majalah. Rupanya lelaki itu memang wujud. Wujud dalam versi yang amat menjengkelkan. Tambahan pula, Adrish Haqiey adalah bos tempat kerja barunya.

Kerana insiden tertumpahkan jus tomato atas skirt Elise, Adrish, paksa Hanania kerja membasuh baju-bajunya. Hanania tidak menolak, kerana apa saja yang mendatangkan pendapatan untuknya, akan dia terima.

Adrish tak sukakan Hanania kerana dia bertudung, tapi tetap sakit hati bila ada lelaki dekat dengan Hanania. Paling geram apabila bekas kekasih Hanania, Afii, datang mencari Hanania. Hanania yang mahu melarikan diri daripada Afii meminta tolong Adrish. Adrish on saja. Maka jadilah mereka suami dan isteri palsu.

Bila Adrish Haqiey mula anggap hubungan palsu itu sebagai yang benar, Hanania tak senang duduk. Panggilan love juga buat Hanania penasaran.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content