Filem Jemputan Ke Neraka

SHARE:

Saksikan filem Jemputan Ke Neraka yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Jun 2023...


Saksikan filem Jemputan Ke Neraka yang akan menemui penonton, dimana akan ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Jun 2023 (Khamis) sehingga seterusnya. Jangan terlepas untuk menjadi antara yang terawal untuk menyaksikannya.

Filem seram thriller ini merupakan terbitan syarikat produksi AN Universal Sdn. Bhd., diarahkan oleh Amor Rizan yang juga menghasilkannya menerusi penulisan skrip untuk jalan penceritaan.

Barisan Pelakon
Filem Jemputan Ke Neraka menampilkan barisan pelakon seperti Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Nik Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan, Alif Hadi, Aleza Shadan dan ramai lagi.

Watak Lakonan
Janna Nick sebagai Ivy
Hafreez Adam sebagai Adam
Syarifah Sakinah sebagai Rania
Amy Nurtinie sebagai Sofea
Nick Syaf sebagai Adam
Jasper Supayah sebagai Lisa
Alif Hadi sebagai Amar
Wafariena Roslan sebagai Salina

Sinopsis Filem Jemputan Ke Neraka
Filem Jemputan Ke Neraka mengisahkan tentang Ivy iaitu seorang kurator balai seni yang mendapat satu kad jemputan ke perkahwinan Lisa; sahabat lamanya dari univeristi.

Ivy memujuk tunangnya iaitu Norman untuk menemaninya ke majlis perkahwinan tersebut. Majlis perkahwinan mewah itu dibuat di sebuah banglo jauh di atas bukit kawasan peranginan yang terasing.

Tiba di sana, Norman bertemu dengan rakan sekolahnya, Rania, Sofea dan Adam semasa bersama-sama di sebuah Sekolah Menengah Elit terkemuka di ibu kota dan kini masing-masing telah mempunyai kerjaya.

Mereka teruja melihat dekorasi konsep perkahwinan taman yang telah disiapkan. Namun mereka berasa hairan kerana tiada sesiapa di situ. Merasakan pengunjung lain masih belum tiba, mereka memutuskan untuk mencari Lisa di dalam banglo.

Kejadian ngeri untuk mereka bermula apabila mereka menjumpai mayat Lisa tergantung dalam sebuah bilik. Mereka panik dan cuba untuk meninggalkan banglo itu, namun kereta mereka tidak mampu dihidupkan.

Hujan lebat ditambah hari yang mulai gelap membuatkan mereka terkandas di banglo itu. sambil merungkai misteri kewujudan gadis bernama Salina. Mereka berhadapan dengan ancaman gelap yang bersembunyi di banglo itu, yang ingin meragut nyawa mereka satu per satu.


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content