Jengka merupakan sebuah filem seram paranormal Malaysia 2015 arahan bersama Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman. Menerusi filem ini, yang berd...
Beberapa pelakon popular tanah air telah dipilih untuk watak lakonan, termasuk Ramona Zamzam yang merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2009/10 dan Riezman Khuzaimi.
Watak Pelakon Filem Jengka (2015)
Riezman Khuzaimi sebagai BasirRamona Zamzam sebagai Nini
Raja Azrey sebagai Along
Sahiddin Sabari sebagai Nyon
Afida Es sebagai emak Nini
Eyka Farhana sebagai Aqish
Jobot Maheran
Mengisahkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata mereka tetapi dengan keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan si isteri ingin bersalin di kampung halaman beliau iaitu Jengka, Pahang. Bagaimanapun, mak bidan yang dijemput datang ke majlis itu menasihatkan Nini supaya tidak dibebankan dengan tekanan perasaan.
Ini kerana, Nini akan diganggu ‘semangat tidak baik’. Malangnya, pada majlis kenduri itu Nini mengetahui kecurangan Basir yang memiliki kekasih gelap. Akibat kecewa dan memberontak, Nini akhirnya lari dari rumah. Nini menyusup masuk ke ladang kelapa sawit yang didakwa ‘berpenunggu’ dan hilang secara tiba-tiba.
Bahkan, paling megejutkan Basir, along dan orang kampung hanya mendengar jeritan Nini dan tangisan bayinya.
COMMENTS