Tunggu Polis Cekup! Pekerja 7E Ditumbuk, Suspek Siap Ajak ‘Selfie’

SHARE:

Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Bandar Rinching, Kajang mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas ditumbuk lelaki y...


Seorang pekerja sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di Bandar Rinching, Kajang mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas ditumbuk lelaki yang didakwa mabuk dalam kejadian berlaku malam tadi.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang berusia 17 tahun pada mulanya bertindak menegur lelaki tersebut kerana mengambil payung di dalam premis berkenaan.

Bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz berkongsi, anak lelakinya berkerja sambilan di kedai serbaneka itu selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung. Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit.

“Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk,” katanya dihubungi Harian Metro hari ini.
Dia berkata, anaknya kini menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan tersebut dan sudah membuat laporan polis selain meminta kerjasama orang ramai bagi menghulurkan maklumat.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta swafoto berhubung kejadian berkenaan tular selepas dimuat naik akaun @nanmanjoi8715 di laman Twitter.

Tonton rakaman CCTV di sini


Tunggu polis cekup!

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan bahawa pihaknya sedang mengesan suspek.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor), Twitter @nanmanjoi8715, OhMyMedia


COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content