Gadis Yatim Piatu dibunuh Kejam ~ Lelaki Sanggup Toreh Perut, Tikam & Bakar Gadis Mengandung Demi Jaga Aib Sendiri!~ KRONOLOGI KEJADIAN

SHARE:

Bertengkar untuk merahsiakan aib kandungan luar nikah, siapa menduga seorang pemuda berusia 20 tahun berani menamatkan hayat teman wanitanya...

Bertengkar untuk merahsiakan aib kandungan luar nikah, siapa menduga seorang pemuda berusia 20 tahun berani menamatkan hayat teman wanitanya sendiri. Dia yang sudah menganiaya pada malam 22 Mei telah kembali semula ke tempat kejadian pada pagi 23 Mei, membawa minyak petrol untuk tujuan menghapus bukti.

Kau rehatlah dik…Abang janji abang akan pastikan pemergian kau terbela..

Dalam tinjauan ke laman TikTok, seorang lelaki dipercayai majikan kepada gadis malang itu turut berkongsikan rasa sedih dengan berita tersebut. Meskipun tidak mempunyai sebarang ikatan kekeluargaan, @arms eirham yang turut dipanggil untuk membantu siasatan polis nekad mahu membela nasib pekerjanya itu.

Dia memang rapat dengan keluarga abang…Anak-anak pun sayang dia..

Paling menghibakan, gadis berkenaan yang dilaporkan sedang hamil 4 bulan rupanya anak yatim piatu. Walaupun ada jiran mengatakan anak muda ini jenis pendiam, majikannya pula menyifatkan pekerja tersebut berpersonaliti agak ramah dan manja.

Nak taknak, kita kena telan juga…Dia baikk, dia baikk sangat orangnya..

Sudah bercinta selama setahun, rupanya pemuda terbabit turut mempunyai seorang lagi teman wanita lain. Jelas tuan badan, katanya suspek dikenali sebagai seorang yang sangat baik sepanjang menjalin hubungan. Setakat ini, dia sudah direman selama 6 hari iaitu sehingga 29 Mei.

Berikut adalah petikan berita dari Sinar Harian & TV3

Lelaki disyaki bunuh, bakar teman wanita dituduh esok..

Seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini akan didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pendakwaan terhadap suspek dijangka pada sebelah pagi.

"OKT (Orang Kena Tahan) bagi kes bunuh berkenaan akan dituduh di mahkamah tersebut pagi esok (Khamis)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, reman lelaki berusia 20 tahun itu disambung lima hari sehingga Jumaat ini dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor pada Isnin.

Mangsa yang berusia 21 tahun sebelum ini dilaporkan dibunuh pada 22 Mei lalu dipercayai kerana teman lelakinya mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit bersama mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui keesokan harinya selepas polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.15 pagi.

Lelaki yang disyaki membunuh dan membakar kekasihnya yang sedang hamil empat bulan di Jalan Sungai Limau, di sini, pada 23 Mei lalu akan didakwa pagi esok.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Untuk makluman, suspek berusia 20 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Besar kira-kira jam 9 pagi esok,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan mayat wanita berusia 21 tahun yang hamil empat bulan itu ditemui dengan kesan terbakar di sebuah kawasan belukar kebun kelapa sawit.

Suspek dipercayai melakukan jenayah itu berseorangan dengan motif pembunuhan dikatakan kerana mahu merahsiakan kehamilan mangsa selepas melakukan hubungan sulit.

Mangsa dan suspek dilaporkan sebagai pasangan kekasih dan sudah menjalin hubungan selama setahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


KRONOLOGI KEJADIAN

8.10 pagi, 23 Mei 2023, polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat mangsa dalam keadaan terbakar 60 peratus di kawasan belukar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Selangor.

Susulan penemuan mayat mangsa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sabak Bernam dan Cawangan Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor) telah menahan suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan itu, di Taman Padu Permai.

Polis turut merampas beberapa barangan milik suspek seperti telefon bimbit, pakaian, pisau berhulu kayu, beg tangan berwarna hitam, topi putih dengan kesan darah dan kereta Perodua Alza (milik ibu suspek), untuk membantu siasatan.

BERGADUH & BERGELUT DI LUAR KERETA

Siasatan awal mendapati, suspek mengambil mangsa dari rumah sepupunya kira-kira jam 8 malam sebelum dibawa keluar makan di sebuah kedai. Selesai makan, pasangan itu pergi ke lokasi kejadian.

Berlaku pergaduhan dan pergelutan di luar kereta dan suspek dikatakan telah mengambil sebatang kayu di kawasan kejadian lalu memukul kepala mangsa sehingga terjatuh dan di kesempatan itu, suspek memukul kepala mangsa sebanyak dua kali.

Selepas itu, suspek mengambil pisau dari bonet kereta lalu menghiris bahagian perut mangsa sehingga usus perutnya terburai. Suspek kemudian menyeluk ke dalam perut mangsa bagi tujuan membuang bayi dari dalam perutnya.

Selesai berbuat demikian, suspek membakar mayat mangsa sebelum diheret ke tepi parit berdekatan tempat kejadian.

Bagi menghapuskan bukti, barang-barang milik mangsa dibuang ke dalam parit, manakala telefon bimbitnya dibuang di lokasi lain.

BAKAR BUAT KALI KEDUA

23 Mei 2023, jam 7.30 pagi, suspek menaiki motosikal dan membeli minyak di sebuah stesen minyak di Sungai Besar. Tiba di lokasi kejadian, suspek menarik mayat mangsa dari dalam parit ke tebing, lalu disimbah dengan minyak sebelum menyalakan api dan beredar.

Semasa disoal-siasat, suspek memberitahu bahawa dia tidak mahu mengaku bayi dalam kandungan mangsa adalah bayi hasil dari perhubungan sulit di antara mereka.

Dalam perkembangan terkini, polis telah mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan. Kesemua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu terdiri daripada saksi yang boleh membantu siasatan termasuk ahli keluarga mangsa dan suspek.

Setakat ini, tiada sebarang penahanan baru yang dibuat oleh pihak polis.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content