Logo Hari Kebangsaan 2023, Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

SHARE:

Bagi yang tercari-cari Logo Hari Kebangsaan 2023, anda temui lokasi yang tepat untuk memuat turun logo tersebut. Pemilihan logo ini bertepat...

Bagi yang tercari-cari Logo Hari Kebangsaan 2023, anda temui lokasi yang tepat untuk memuat turun logo tersebut. Pemilihan logo ini bertepatan dengan temanya, Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.

Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada tahun ini, YB Fahmi Fadzil berkata, ianya diangkat sebagai tema HKHM 2023 yang merupakan aspirasi tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.


Bahan yang disediakan ini adalah menggunakan format .PNG yang murdah dikendalikan dengan pelbagai perisian. Imej tanpa latar belakang ini pastinya memudahkan guru-guru untuk menggunakanna pada poster, gegantung, latar pentas, risalah dan sebagainya.

Setiap tahun pada tarikh 31 Ogos, seluruh rakyat Malaysia pastinya akan menyambut Hari Kebangsaan dengan penuh gilang-gemilang.Hari peringatan kemerdekaan atau Hari Kebangsaan disambut setiap tahun dengan penuh meriah dan pelbagai aktiviti bertemakan semangat patriotik di seluruh negara.

Antara acara atau aktiviti yang akan berlangsung adalah seperti perarakan di Daratan Merdeka, pengibaran bendera Malaysia di rumah, bangunan pejabat dan juga kenderaan. Selain itu, turut diadakan persembahan pentas, pertandingan dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Diharapkan kemerdekaan negara ini bukan sahaja daripada peperangan, namun bebas juga daripada cengkaman kuasa yang memecahbelahkan ummat dan propaganda yang meresahkan rakyat.

Yang banyak dikongsi, yang sedikit disyukuri

Ayuh sebar luas dan kongsikan bersama rakan-rakan melalui WhatsApp dan Telegram supaya lebih ramai menerima manfaat. Klik sahaja butang share untuk bantu sebarkan bahan ini. 

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content