Kad Kahwin Digital, Taktik Baru ‘Scammer’ Kebas Duit Warga Emas

SHARE:

PETALING JAYA: ‘Whatsapp’ mangsa dengan menyamar menghantar kad jemputan perkahwinan menerusi fail APK (Kit Pakej Android). Itu taktik terba...


PETALING JAYA: ‘Whatsapp’ mangsa dengan menyamar menghantar kad jemputan perkahwinan menerusi fail APK (Kit Pakej Android).

Itu taktik terbaru penipuan yang dilihat mulai tular di laman sosial sejak semalam.

Menurut Ketua Biro Teknologi Komuniti Sumber Terbuka Malaysia, Harisfazillah Jamel, golongan warga emas menjadi sasaran kerana golongan ini mempunyai wang yang banyak kerana pengeluaran EPF dan duit pencen.

“Perkara utama adalah kesedaran. Kita perlu berikan kesedaran dari segi pemahaman teknologi dan penggunaan telefon pintar kepada golongan ini.

“Penerangan ini perlu kita ajarkan kepada orang ramai terutama warga emas, jangan sesekali pasang APK (Kit Pakej Android) yang bukan daripada Google Play, App Store atau Huawei App Gallery,” katanya kepada Buletin TV3.

Beliau memahami keresahan anak-anak yang bimbang sekiranya ibubapa mereka tetap memuat turun fail APK walaupun telah diingatkan berulang kali.

Justeru, terdapat dua cara teknikal sama ada secara manual atau automatik bagi mengatasi masalah ini iaitu dengan mengimbas perisian hasad menggunakan Google Play.

Imbasan perisian hasad secara manual dengan mengikuti langkah berikut:

1. Buka Aplikasi Google Play Store.

2. Klik ikon profil di bahagian atas sebelah kanan skrin.

3. Klik Play Protect.

4. Klik Imbas (scan).

Google Play akan mengimbas peranti untuk sebarang perisian berniat jahat (Malware).

Jika ada perisian berkenaan yang ditemui, Google Play akan mengalihkan keluar daripada telefon bimbit anda.

Imbasan perisian hasad secara automatik dengan mengikuti langkah berikut:

1. Buka Aplikasi Google Play Store.

2. Klik ikon profil di bahagian atas sebelah kanan skrin.

3. Klik Play Protect.

4. Klik Tetapan

5. Klik Imbas perisian dengan Play Protect. (Scan apps with Play Protect)

Sumber : Buletin TV3

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content