Skim Perubatan Madani: Syarat Kelayakan & Manfaat

SHARE:

Skim Perubatan MADANI, Manfaat Kesihatan Rakyat! Skim Perubatan MADANI yang memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima S...


Skim Perubatan MADANI, Manfaat Kesihatan Rakyat!

Skim Perubatan MADANI yang memberi manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) B40, akan bermula 15 Jun 2023 ini.

Ini merupakan inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang inisiatif ini.

Pengenalan

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)

Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah

Fasa rintis ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Jenis Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani
  • Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
    • Demam dan selsema
    • Cirit-birit dan muntah
    • Terseliuh
    • Sakit kepala
    • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:
    • Imunisasi rutin
    • Saringan kesihatan
    • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
    • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
    • Perancangan keluarga rutin
    • Perkhidmatan rehabilitasi
    • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
    • Permintaan suplemen

Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)

Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung (RM)

Isi Rumah Berkeluarga

RM250

Warga Emas (tanpa pasangan)
– 60 tahun ke atas

RM125

Bujang
– 21-59 tahun
– 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)

RM75



Lokasi Skim Perubatan Madani

Lokasi Program Rintis ini akan bermula di 10 daerah berikut:
  • Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor),
  • Kuala Lumpur,
  • Kinta (Perak),
  • Timur Laut (Pulau Pinang),
  • Johor Bahru (Johor),
  • Kota Kinabalu (Sabah) dan
  • Kuching (Sarawak)

Syarat Kelayakan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang

Kelayakan adalah secara automatik.

Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti Skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.

Cara Mendapatkan Rawatan Percuma Skim Perubatan Madani
  1. Langkah 1, Semak Kelayakan: Semak kelayakan anda di pautan https://protecthealth.com.my/skimperubatanmadani-ms/
  2. Langkah 2, Hadir Ke Klinik: Hadir ke mana-mana GP yang berdaftar dengan Skim Perubatan_MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat khas) dengan membawa kad pengenalan. Cari Klinik
  3. Langkah 3, Terima Rawatan: Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma.
  4. Langkah 4, Baki Manfaat: Had manfaat anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan.
*Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang.

Tempoh Sah Laku

Inistaif ini bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Maklumat Lanjut
  1. Layari laman sesawang di bawah untuk maklumat lanjutLaman Rasmi Skim Perubatan MADANI
  2. Portal Manfaat : https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/skim-madani.html
Sumber : eCentral

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content