$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Kerajaan Teruskan Subsidi Ayam Dan Telur Mulai Bulan Depan

SHARE:

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kera...

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan bermula 1 Julai depan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Julai depan.

Perkara itu dimaklumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

"Setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai 2023.
 
"Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari yang lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023,"jelas kenyataan itu.

Keputusan meneruskan pemberian subsidi itu diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia Madani.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan bermula 1 Julai depan.

Jelasnya penamatan tersebut membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit ketika ini.

Ujarnya, bagi memastikan bekalan ayam dan telur dapat distabilkan, kementeriannya akan melaksanakan mekanisme pemulihan bertahap.

Ia termasuk memansuhkan sekatan eksport ayam pedaging gidup, ayam bulat, membenarkan pengimportan ayam dan telur daripada pelbagai negara sumber yang diiktiraf termasuk Thailand, China, Brazil, Denmark dan Ukraine.

Sumber : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-teruskan-subsidi-ayam-dan-telur-mulai-bulan-depan-423255

Bagi saya baik teruskan sahaja, kalau tidak teruskan tidak tahu pula berapa harga ayam dan telur ini naik. Mesti akan menyusahkan rakyat yang tidak berkemampuan dan bagi yang mampu mereka tidak mengapalahkan?

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content