$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Deluxe Jakuzi Tasik Villa International Resort Port Dickson

SHARE:

Seperti anda perhatikan yang bangunan tinggi bertingkat itu adalah bilik untuk Deluxe Jakuzi yang saya duduki pada minggu ini kerana bercuti...


Seperti anda perhatikan yang bangunan tinggi bertingkat itu adalah bilik untuk Deluxe Jakuzi yang saya duduki pada minggu ini kerana bercuti bersama dengan keluarga.

Rate harga pada hari biasa  : RM360
Rate harga pada hujung minggu : RM400

Saya ambil pada hari Jumaat untuk Check In dan juga Check Out pada hari Ahad dan harganya total semuanya sekali ialah RM760.


Bilik ini sangat selesa kerana terdapat kemudahan singki dan beberapa air serta mini peti sejuk di dalam pintu dibawah singki tersebut. Terdapat juga microwave oven untuk panaskan makanan.


Ini adalah paling penting kerana nama pun Deluxe Jakuzi sepertinya ada Jakuzi untuk kita berehat dan santai. Jakuzi ini sangat menarik kerana ada airflow seperti mengurut belakang badan kita apabila sandar di dinding Jakuzi. Selain daripada itu kita boleh isi air panas atau sejuk mengikut kesesuaian cuaca sekarang ini.

Jakuzi terletak di luar berenda menyebabkan anda boleh layan suasana untuk mandi.


Kalau hendak datang hotel semestinya kita memilih tempat tidur yang selesa seperti katil yang luas. Terdapat 2 kali bersaiz king untuk kita tidur. Sesuai untuk yang mempunyai 2 orang anak ke atas untuk tidur lebih nyenyak dengan ruangan yang luas.


Di dalam bilik tersebut mempunyai sofa, meja, television dan juga tempat berehat santai-santai dan karpet juga lembut dan selesa. Saya masuk haritu memang tiada bau yang kurang menyenangkan dan semuanya memang terbaik.


Terdapat 2 tandas iaitu satu untuk membuang hajat saja iaitu berak atau kencing dan satu lagi boleh mandi kerana ada shower dan terus sambung ke Jakuzi yang kita hendak berehat santai di dalam air tersebut.

Kalau hendak mandi lebih besar, boleh terus ke kolam dibawah bangunan hotel untuk mandi swimming pool, kolam renang untuk dewasa dan juga kanak-kanak tersedia dengan ketinggi 1.2 meter dan 0.6 meter.

Jadi kalau ada duit lebih tidak salah untuk bawa keluarga bercuti dan luangkan masa bersama-sama dihujung minggu yang indah. Duit boleh dicari. Bonding di antara keluarga itu susah dibentuk. Kalau tiada bajet boleh saja ke bilik yang murah iaitu Water Chalet yang berada di atas air.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content