Lelaki Pukul Kepala Pemandu Wanita Diberkas Polis

SHARE:

  KUALA LUMPUR: Polis Perak menahan seorang lelaki yang dirakam memukul kepala seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron H...

 

KUALA LUMPUR: Polis Perak menahan seorang lelaki yang dirakam memukul kepala seorang pemandu wanita ketika dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak, petang semalam.

Terdahulu tular satu video berdurasi 59 saat yang memaparkan seorang lelaki berbaju merah keluar daripada kereta PROTON Persona dipandunya dan mengetuk cermin kenderaan di belakangnya sebelum memarahi pemandu wanita serta memukul kepala mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu wanita berusia 24 tahun berkenaan dilemparkan kata-kata kesat oleh lelaki itu sebelum kepalanya dipukul.

Difahamkan lelaki itu sudah ditahan sebentar tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah untuk tindakan lanjut.

Gambar hiasan

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dikatakan akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/06/1110977/lelaki-pukul-kepala-pemandu-wanita-diberkas-polis

Nak tegur ada caranya, memang kita terasa marah atas kesilapan orang lain tetapi kena fikir juga apabila kita bawa kereta selama kita hidup, mesti ada tersilap juga. Pemandu kereta lain tidak buat macam kita nak buat kepada pemandu yang salah.

Macam kes saya sebelum ini ada kereta langgar belakang, saya cakap dengan baik-baik dan kita uruskan semua ini di tepi jalan sebab takut kesesakan. Semoga semuanya dapat disiasat dengan sebaiknya.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content