Fenomena Bau Harum Diwaktu Malam

SHARE:

Sejak dua menjak ini di dalam media sosial penuh mereka berbincang mengenai bau harum yang datang daripada mana mereka tidak tahu. Sebenarny...


Sejak dua menjak ini di dalam media sosial penuh mereka berbincang mengenai bau harum yang datang daripada mana mereka tidak tahu. Sebenarnya saya pun tidak bau dan tidak tahu tetapi apabila di tempat kerja ada pula orang tanya. Saya semakin pelik dan buat kajian sedikit terjumpa seorang pengguna Facebook bernama Zaifie Zainal kongsikan serba sedikit berkaitan perkara ini.


Fenomena Bau Harum

Betapa berjauhannya kita dengan alam sampaikan bau bunga pun kita syak makhluk halus
Kawan2.. sekarang ni tengah fenomena full moon. Waktu macam ni, banyak bunga yang sedang berada dalam fasa 'peak blooming'. Terutama sekali pada waktu malam. Waktu mcm ni lah bunga2 ni akan keluarkan haruman yg sgt kuat sampaikan sstgh kita cakap "ada roh balik rumah la tu". Tak pun ada kak ponti tgh follow... serammmm ooo...

Fenomena ni juga ada kaitan dengan sistem biologi badan kita terutama sekali sistem reproduction perempuan. Kalau bdn kita pn ada tindak balas full moon, mcm tu jugak la bunga2. Waktu mcm ni la diorang kembang sekembang-kembangnya untuk sebarkan debunga sejauh-jauhnya.
 
Kenapa bau kuat? Sebab bunga2 ni kategori lunar blooming flowers dan nocturnal blooming flowers. Kelopaknya tertutup siang dan terbuka waktu malam. Dia keluarkan bau yg kuat tgh malam untuk tarik kelawar dan serangga yg bantu pendebungaan. Waktu2 macam ni la yg sesuai utk 'perfumer' atau perfume expert mengkaji bau bunga dan mencari bunga2 yg sesuai utk perfume. Sebab baunya tengah 'peak'. 
Contoh paling senang nampak sekarang ni, bunga durian tengah meriah. Bunga2 kemboja kt perkuburan tu tengah mekar. Tapi kenapa bau bila malam je? Dah nama full moon. Ada ke dia sebut full sun?
 
Dah tu... tak payah nak saspen sgt kalau ada bau harum... kelam kabut laa baca segala ayat... ingat kak ponti singgah Kesian diorang kena tuduh Langsuir pun boleh kemurungan asyik kena fitnah
Daripada ayat di atas kemungkinan anda sudah faham sedikit tentang perkara ini dan bukan melibatkan dengan perkara bukan-bukan. Bau ini juga tidak semua boleh bau, ada yang bernasib baik kemungkinan akan bau. Perkara sudah jadi bertahun-tahun, jadi tiada yang pelik.


Biasalah media sosial seperti Facebook, Instagram, Tiktok dan lain-lain lagi cepat sangat tersebar perkara yang bukan-bukan dan bercakap bukan menggunakan ilmu. Cuma yang tahu sahaja mampu berikan jawapan yang tepat supaya dapat hilang kepelikan di antara semua.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content