Leona Serius Cari ‘Boyfriend’, Siap Letak Borang Permohonan

SHARE:

Sebut sahaja nama anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona, pasti ramai mengenali dirinya lebih-lebih sering menja...

Sebut sahaja nama anak kepada pelakon veteran, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona, pasti ramai mengenali dirinya lebih-lebih sering menjadi mangsa kecaman warganet kerana berpenampilan seksi.

Terbaharu, perkongsian gadis yang mesra disapa Leona menerusi aplikasi TikTok sekali lagi berjaya menarik perhatian ramai apabila dia berkongsi satu borang permohonan secara terbuka.

Leona serius, sedang cari teman lelaki

Menerusi hantaran tersebut, Leona yang juga personaliti media sosial dilihat mengenakan ‘dress’ pendek berwarna merah jambu dan meletakkan borang permohonan untuk mencari kekasih.

Dalam hantaran tersebut, pempengaruh berusia 20 tahun itu menyatakan dirinya serius untuk mencari teman lelaki dan terbuka sekiranya mana-mana individu berminat membuat permohonan.
“I’m lonely and I need a partner, so fill this out.
“I’m serious by the way,”tulisnya.

Melihat kepada borang permohonan tersebut, individu berminat perlu menyenaraikan maklumat diri, Top 5 lagu dan 5 fakta mengenai diri serta beberapa soalan lain dan akaun media sosial.


Bagaimanapun, Leona menjelaskan borang permohonan tersebut bukanlah dibuat oleh dirinya, sebaliknya diambil daripada pengguna TikTok lain.
Betul ke ni? Nak cuba nasib…

Seperti dijangka, permohonan tersebut mendapat perhatian ramai di mana masing-masing mahu mencuba nasib menjadi teman lelaki Leona.






.






Gaji basic berapa?

Selain itu, ada yang bertanya kelayakan menerusi gaji minimum yang ditetapkan oleh Leona memandangkan masing-masing sedia maklum akan latar belakang anak bongsu Azhar Sulaiman.




Sumber: TikTok @leonsmeonss & OhMyMedia

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content