Makluman Semakan Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi KPM Ambilan Sesi 2023 / 2024

SHARE:

Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2023 / 2024 Makluman Semakan Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi KPM Ambilan Sesi 2023 / ...

Semakan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Sesi 2023 / 2024

Makluman Semakan Keputusan Calon Jaya Program Matrikulasi KPM Ambilan Sesi 2023 / 2024

Dimaklumkan bahawa Keputusan Calon Jaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia boleh disemak mulai 26 Jun 2023.

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan rayuan matrikulasi sesi 2023 / 2024 secara online dan tindakan yang perlu dilakukan untuk membuat pengesahan / setuju terima tawaran.

NOTA: Bagi calon yang memohon Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) Ujian aptitud pada 15 Jun 2023. Semak panggilan ujian pada 14 Jun 2023. SMS turut dihantar kepada calon terpilih. Bagi calon berjaya ujian aptitud temu duga secara dalam talian pada 19-20 Julai 2023.


Semakan Keputusan Kemasukan Ke Matrikulasi 2023 / 2024

Pemohon boleh membuat semakan keputusan permohonan rayuan secara atas talian (online) melalui pautan rasmi berikut:  matrikulasi.moe.gov.my

Calon-calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2023/2024 dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran

  • Surat tawaran
  • Panduan pendaftaran pelajar
  • Maklumat peribadi pelajar
  • Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  • Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  • Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya!


Rayuan Kemasukan

Bagi calon yang tidak berjaya, rayuan secara dalam talian bermula 26 Jun hingga 7 Julai 2023.

πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰Sila layari : https://matrikulasi.moe.gov.my/


Apakah Program Matrikulasi KPM?

Program Matrikulasi KPM adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPT di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.


Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  1. Jurusan Sains
  2. Jurusan Kejuruteraan
  3. Jurusan Perakaunan
  4. Jurusan Perakaunan Profesional

Sila rujuk syarat-syarat dan penerangan melalui infografik di bawah:




Kelebihan Matrikulasi

Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.

Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:

Kelebihan :

  • Memperoleh elaun daripada kerajaan
  • Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
  • Tempoh pembelajaran yang singkat
  • Memperoleh penerpaan soft skill

Risiko :

  • Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu
  • Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat ijazah sahaja.
  • Wajib mengambil MUET
  • Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam

Yuran & Bantuan Sara Hidup Pelajar

Bagi pelajar daripada keluarga B40, M40 dengan had

pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.00 ke bawah akan

diberi bantuan sara hidup pelajar sebanyak RM1,250.00 setiap

semester.


Pelajar yang layak akan menerima BSHP dalam tempoh 43 hari

selepas kolej menerima dokumen yang lengkap.

Pembayaran akan dibuat terus ke akaun pelajar.


Perincian yuran pendaftaran bagi pelajar Program Matrikulasi adalah seperti berikut:

Syarat Permohonan Matrikulasi

Syarat asas permohonan ialah:

i. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan;

ii. Warganegara Malaysia; dan

iii. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.


Manakala syarat-syarat khusus adalah seperti berikut:

Syarat kelayakan minimum kemasukan ke Program Matrikulasi

ialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam

peperiksaan SPM 2021:


i. Jurusan Sains

C Bahasa Melayu;

C Bahasa Inggeris;

B Matematik;

C Matematik Tambahan;

C Kimia

C Fizik atau Biologi dan

Lulus Sejarah


ii. Jurusan Kejuruteraan

C Bahasa Melayu;

C Bahasa Inggeris;

B Matematik;

C Matematik Tambahan;

C Fizik;

Lulus Kimia;

Lulus Sejarah dan

C dalam satu daripada mata pelajaran berikut:

Biologi/ Sains Tambahan/ Asas Kelestarian/ Pertanian/

Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Sains Komputer/

Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi

Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/

Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal/

Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Kimia.


iii. Jurusan Perakaunan

C – Bahasa Melayu;

C – Bahasa Inggeris;

C – Matematik;

Lulus Sejarah dan

C dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:

Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/

Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/

Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/

Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/

Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/

Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/

Matematik Tambahan.


iv. Jurusan Perakaunan Profesional

C – Bahasa Melayu;

A- Bahasa Inggeris;

A – Matematik;

C – Matematik Tambahan;

Lulus Sejarah;

Lulus Ujian aptitud dan termuduga dan

A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut:

Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/

Asas Kelestarian/ Pertanian/ Sains Rumah Tangga/

Reka Cipta/ Sains Komputer/ Sains Sukan/

Lukisan Kejuruteraan/ Grafik Komunikasi Teknikal/

Prinsip Perakaunan/ Ekonomi/ Perniagaan/

Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/

Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM Sesi 2023 / 2024 Fasa 2

Permohonan Fasa 2 akan dibuka pada tarikh berikut:

  • Tarikh permohonan matrikulasi buka : 8 Jun 2023
  • Tarikh akhir permohonan matrikulasi : 12 Jun 2023

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai matrikulasi atau hubungi nombor telefon yang tertera di bawah:

SENARAI MATRIKULASI

Institusi / AlamatTelefon / Faks E-mel / Laman Web
Kolej Matrikulasi Melaka
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Tel:06-3832000
Faks:06-3847190
 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmm.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Tel:06-4841825
Faks:06-4841821
 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmns.matrik.edu.my
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.
 Tel:04-5756090
Faks:04-5757389
 E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perlis
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
02600 Arau, Perlis.
 Tel:04-9868613, 04-9868614, 
04-9868615, 04-9868616
Faks:04-9868542, 04-9868543
 E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmp.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Labuan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan OKK Daud, Merinding, 
Peti Surat 81735, 
87027 Wilayah Persekutuan Labuan.
Tel:087-465311, 087-465314
Faks:087-466500
E-mel:adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kml.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Jalan Payamas, 
84900 Tangkak, Ledang, Johor.
Tel:06-9781613
Faks:06-9781595
E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Perak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
31600 Gopeng, Perak.
Tel:05-3594449, 05-3594600
Faks:05-3594412, 05-3594413
E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmpk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
06010 Changlun, Kedah.
Tel:04-9286100
Faks:04-9242186
E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26300 Gambang, Pahang.
Tel:09-5495000
Faks:09-5499612, 09-5498996
E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah.
Tel:04-4682508
Faks:04-4682281
E-mel:admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Laman Web:http://www.kmtk.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
26400 Bandar Jengka, Pahang.
Tel:09-4677103
Faks:09-4677102
Laman Web:http://www.kmtph.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
KM 5, Jalan Kukup, 
Mukim Rimba Terjun, 82000 Pontian, Johor.
Tel:07-6881629, 07-6881630
Faks:07-6881631, 07-6882720
E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmtj.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Selangor
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Kathong Mukim Jugra, 
42700 Banting, Selangor.
Tel:03-31201410
Faks:03-31201372
E-mel:webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kms.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Kelantan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Beg Berkunci No. 3, 
16810 Selising, Kelantan.
Tel:09-7808000
Faks:09-7808080
E-mel:webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmkt.matrik.edu.my
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kementerian Pendidikan Malaysia, 
Lot 216, Fasa II, 
Taman Perindustrian Sejingkat, 
Peti Surat P17, 93457 Kuching, Sarawak.
Tel:082-439100
Faks:082-433108
E-mel:admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Laman Web:http://www.kmsw.matrik.edu.my
Kolej MARA Kulim
Jalan Junjong, 
09000 Kulim, Kedah.
Tel:04-4906422
Faks:04-4906426
E-mel:info[@]kmkulim.edu.my
Laman Web:http://www.kmkulim.edu.my
Kolej MARA Kuala Nerang
Lot 556, Daerah Padang Terap, 
06300 Kuala Nerang, Kedah.
Tel:04-7867250, 04-7867255
Faks:04-7867254
E-mel:sysadmin[@]kmknerang.edu.my
Laman Web:http://www.kmkn.edu.my


Maklumat Lanjut

Berikut dilampirkan Soalan Lazim berkenaan kemasukan dan permohonan Matrikulasi 2023/2024:

πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰πŸ‘‰DOWNLOAD .PDF 

Sebarang pertanyaan berkaitan emel kepada mohon.matrik@moe.gov.my atau hubungi 03-8884 4083/4042 atau Telegram Channel: https://t.me/JomMasukMatriks

ATAU

Sila hubungi:

Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia,

Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

No.Tel: 03 – 8884 4083

No.Faks: 03 – 8888 4028

sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content