SEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA IPG DAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2023

SHARE:

PISMP 2023: Semakan Temuduga IPG / Ujian Kecergasan (UKF) SEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA IPG DAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) Program Ijazah...

PISMP 2023: Semakan Temuduga IPG / Ujian Kecergasan (UKF)

SEMAKAN CALON LAYAK TEMUDUGA IPG DAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL (UKF) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Ia adalah tawaran yang baik untuk calon lepasan SPM yang ingin mejadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan dan semakan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) serta syarat kelayakan dan cara permohonan.

PERHATIAN: Tarikh semakan asal pada 23 Jun 2023 dipinda kepada 26 Jun 2023 kerana terdapat kerja-kerja peningkatan platform pangkalan data Sistem Aplikasi KPM. Harap maklum.


Apakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ?

Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.

IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.

Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.


Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Program ini bertujuan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon perlu mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Rujuk butiran pengajian berikut:


PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KPM, PISMP TAHUN 2023 (AMBILAN KEDUA)

  • Terbuka kepada lulusan SPM yang memenuhi syarat dan belum membuat permohonan pada ambilan pertama.
  • Terbuka kepada calon yang pernah memohon pada ambilan pertama tetapi belum menduduki UKCG.
  • Calon yang telah menduduki UKCG pada ambilan pertama tidak layak memohon pada ambilan kedua.
  • Permohonan akan dibuka pada 9 Jun 2023 pada pukul 3.00 petang dan akan ditutup pada 12 Jun 2023 pada pukul 11.59 malam.
  • Sila Klik pada ‘MAKLUMAT PERMOHONAN’ untuk permohonan ambilan kedua atau kemaskini tarikh untuk menduduki UKCG bagi pemohon ambilan 1 yang belum menduduki e-UKCG


Tarikh Semakan Calon Layak Temuduga & Ujian Kecergasan (UKF) Sarjana Muda PISMP 2023

Tarikh semakan Calon Layak Temuduga IPG & Ujian Kecergasan (UKF)adalah mulai 26 Jun 2023, bermula jam 10.00 pagi.

Layari https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan.


Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG 2023

Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:

e-UKCG

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

TEMU DUGA

  • Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
  • Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
  • Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.

UKF

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.

PEMILIHAN

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
  • Semua keputusan adalah muktamad.

PENAWARAN

  • Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.


PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my mulai 9 Jun 2023 (Fasa Kedua).

Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar link/ url menerusi portal PISMP.


Semakan Status & Tarikh-tarikh Penting PISMP Ambilan Kedua

Calon dinasihatkan supaya membuat semakan status permohonan PISMP dari semasa ke semasa dalam laman sesawang KPM di alamat https://pismp.moe.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan permohonan.

Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2023 Ambilan Kedua adalah seperti berikut:

Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM.

Walaubagaimanapun tarikh-tarikh tersebut bergantung kepada pindaan.

  • Calon yang telah menduduki e-UKCG, menghadiri temu duga dan menghantar VKF tetapi tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. IPGM, KPM tidak akan mengeluarkan sebarang makluman kepada calon.
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan dari semasa ke semasa.


Calon Yang Tidak Layak Memohon

  • Calon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan KPM.
  • Calon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  • Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan dari program.
  • Calon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.


Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG dan semakan PISMP online ini, sila rujuk maklumat berikut:


MAKLUMAT PROGRAM 

MAKLUMAT PERMOHONAN

MAKLUMAT PENTING

BIDANG PENGKHUSUSAN DITAWARKAN

KALENDAR AKTIVITI

SOALAN LAZIM (FAQ)


ATAU ajukan pertanyaan anda melalui:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1

63000 CYBERJAYA, SELANGOR

(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon : : 03-8312 6720/ 6733 / 6693 /6731 /6768 /6760

Emel : |  jpp@ipgm.edu.my |


Jangan ketinggalan membuat semakan PISMP dan mendapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.

Layari https://pismp.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut


sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content