$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Perang Thermopylae Antara Parsi Menentang Greek

SHARE:

Selepas Darius I gagal menawan Greek dan pulang dengan kekalahan yang memalukan, anaknya iaitu Xerxes I terus ketuai angkatan perang Parsi u...

Selepas Darius I gagal menawan Greek dan pulang dengan kekalahan yang memalukan, anaknya iaitu Xerxes I terus ketuai angkatan perang Parsi untuk buat serangan kedua. Kali ini Parsi yakin deme boleh menang besar. Sebab negara kota Greek sedang dalam perayaan.

Perasaan terlalu yakin inilah yang membunuh Parsi. Apa yang terjadi dalam perang itu sebenarnya?

Disebabkan negara kota Greek masih dalam perayaan, hanya 7000 tentera sahaja dibenarkan menyertai perang yang diketuai oleh Leonidas. Sementara Parsi pula membawa tentera seramai 120,000 orang.

Kalau fikir secara logik, memang senang je Parsi nak makan Greek. Tapi benda tu tak terjadi sebab Greek guna strategi yang mampu sekat kemaraan Parsi. Apa yang Greek buat adalah memilih Thermopylae sebagai medan peperangan.

Sebab tempat itu hanya memiliki satu laluan yang sangat sempit dan agak curam. Jadi Greek mahu melambatkan pergerakan Parsi sambil boleh menyerang hendap. 

Bermula sahaja perang, Xerxes I terus mengarahkan tentera Parsi menembak ribuan anak panah ke arah askar Greek. Sayangnya taktik itu tidak berjaya sebab askar Greek dilindungi oleh perisai besi. 

Xerxes tak puas hati lalu terus hantar 10,000 tentera ke Greek. Kejutan berlaku apabila 10,000 tentera itu tewas mengejut dengan begitu banyak kematian. Katanya masa tu, amukan askar Greek tidak dapat dibendung oleh tentera yang ramai. 

Parsi hantar lagi tentera sampai dua kali tapi tetap tewas juga. Kepala otak Xerxes dah buntu sebab Greek nampak terlalu kuat. Secara tiba-tiba muncul seorang pengkhianat Greek yang memberitahu Xerxes I tentang kelemahan taktikal askar Greek.

Pengkhianat tu suruh Xerxes I hantar 20,000 tentera ke laluan rahsia untuk serang askar Greek dari belakang. Leonidas menyedari bahawa taktikalnya telah bocor lantas arahkan 1000 askar Greek untuk bertahan di sana.

Malangnya mereka semua telah tewas sehingga tentera Parsi dapat mengepung askar Greek dari semua penjuru. Nampak gaya memang tak boleh dah nak buat apa-apa.

Jadi Leonidas beri pilihan kepada askar Greek sama ada mahu lawan atau pulang. Deme semua bertekad untuk lawan walaupun tahu akan kalah.

Akhirnya askar Greek kalah dan Parsi berjaya menakluk beberapa negara kota. Namun itu bukanlah penamat segalanya. Kekalahan itu membuatkan semua orang Greek mahu membalas dendam dan mengembalikan maruah mereka. 

Oleh Azmil Azali

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content