$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Kisah Laksamana Tun Abdul Jamil vs Bendahara Tun Habib Abdul Majid

SHARE:

Apa yang berlaku di Johor pada zaman silam boleh diibaratkan sebagai Game of Thrones bagi Tanah Melayu. Sebab penuh dengan kelicikan dan tip...

Apa yang berlaku di Johor pada zaman silam boleh diibaratkan sebagai Game of Thrones bagi Tanah Melayu. Sebab penuh dengan kelicikan dan tipu helah hingga kita tak tahu mana yang benar. Antaranya adalah perseteruan antara Laksamana Tun Abdul Jamil dan Bendahara Tun Habib Abdul Majid. 

Persoalannya macam mana perseteruan antara kedua-dua orang penting Empayar Johor boleh terjadi?

Semuanya bermula setelah keluarga bendahara Johor menjalinkan hubungan rapat dengan kerabat Aceh. Dia punya rapat tu sampai orang-orang bendahara Johor dapat menguasai istana Aceh.

Benda ni buat Sultan Abdul Jalil Syah tak puas hati. Sebab Aceh ni adalah musuh utama Johor. Jadi baginda mula curiga dengan kesetiaan bendahara.

Untuk itu, Sultan Abdul Jalil Syah telah melantik Laksamana Tun Abdul Jamil sebagai penasihat dan pendamping baginda. Tapi dalam tradisi Johor, bendahara yang sepatutnya menjadi wakil dan penasihat sultan.

Baginda tidak hiraukan tradisi malah terus meminta laksamana untuk mentadbir Empayar Johor. Hasilnya ekonomi Johor berkembang dengan sungguh maju dan pesat.

Masalah mula berlaku apabila laksamana menjadi terlalu berkuasa di Johor. Hal ini membuatkan bendahara berasa kurang senang. Sebab laksamana suka bertindak ikut kepala sendiri. Suruh bincang pun tak mahu. 

Tak lama kemudian, Sultan Abdul Jalil Syah mangkat lantas digantikan oleh Sultan Ibrahim Syah. Ketika ini sultan mula berbaik-baik kembali dengan bendahara. Sebab apa-apapun terjadi, bendahara tetap orang paling penting bagi sultan. Ditambah lagi baginda sudah berkahwin dengan saudara perempuan bendahara.

Situasi ini sangat menggusarkan laksamana. Dia anggap perkara sebegitu dapat menjejaskan kedudukannya. Maka laksamana pun menjemput Sultan Ibrahim Syah bersemayam di Riau atas alasan mudah untuk memantau serangan daripada Jambi.

Lama kelamaan konflik antara Johor dan Jambi tiada kesudahan. Sultan Ibrahim Syah pun hantar laksamana dengan bantuan Daing Mengika untuk menyerang Jambi. Dalam perang tu, Jambi kalah dan bersedia untuk duduk dibawah naungan Empayar Johor.

Kejayaan itu bikin sultan mengurniakan gelaran paduka raja kepada Laksamana Tun Abdul Jamil. Bermula sejak itu, Paduka Raja Tun Abdul Jamil memulakan tugasnya sebagai orang paling rapat dengan sultan.

Namun, Sultan Ibrahim Syah mula tidak selesa dengan kelakuan paduka raja. Sebab tindak-tanduknya sudah melebihi had. Sultan pun tak mampu nak kawal paduka raja. 

Nak bagi mudah, sultan mendesak untuk kembali ke Tanah Besar Johor. Dekat situ, baginda boleh bersemayam bersama bendahara dan dapat keluar daripada cengkaman paduka raja.

Belum sempat kembali bersemayam di Johor, baginda telah mangkat. Secara tak langsung telah berlaku kelopongan kuasa di Johor. Sebab pewaris yang sah iaitu Sultan Mahmud masih lagi kecik.

Senang cerita, paduka raja lah memegang tampuk pemerintah Empayar Johor. Bila dah pegang jawatan paling tinggi, makin menjadi-jadi perangai paduka raja. Dia tak ambil peduli langsung tentang pandangan pembesar Johor yang lain.

Para pembesar mula rasa paduka raja perlu disingkirkan dengan segera. Mereka berharap sangat bendahara mampu mengambil alih kuasanya kembali. Di pihak paduka raja pulak, deme mula rasa terancam dengan bendahara. Jika tidak dibendung, pasti bendahara mampu dapatkan kuasa dengan mudah.

Nak senang, orang-orang paduka raja menyerang rumah bendahara. Berlakulah pertelingkahan sehinggalah orang-orang paduka raja tewas dan pengikut bendahara berjaya merebut Sultan Mahmud. 

Terdengar sahaja Sultan Mahmud sudah berada di dalam genggaman bendahara, paduka raja ataupun Laksamana Tun Abdul Jamil meninggalkan Riau untuk lari ke Terengganu. Rentetan dari itu, kuasa bendahara sebagai penasihat utama dan wakil sultan mula pulih.

Sultan Mahmud Syah dibawa oleh Bendahara Tun Habib Abdul Majid kembali bersemayam di Kota Tinggi. Pengakhirannya, Johor kembali menjadi kuat setelah lama dilanda konflik dalaman.  

Oleh Azmil Azali

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content