Kisah daripada Facebook Syafiq Ridhwan bersama anak perempuannya yang lapar hendak makan dan diajak ayahnya untuk makan roti kerana ada mas...
"Abah, hani laparlah"
"Okay, hani nak makan apa?"
"Nak makan roti canai"
Saya tengok jam. Masih berbaki satu jam sebelum saya kena punch in.
"Okay jom kita singgah makan kejap"
"Tapi nanti teacher marah kalau lambat, kita bungkus jela"
"Tak apa, boleh je ni, sempat"
"Okay-okay abah"
Saya pun turun kereta, dudukan Hani di meja. Orderkan dia roti canai.
Saya pun ambillah kuey tiaw dan ayam goreng. Sampai saja di meja semula. Hani menjeling, saya dah rasa semacam dah.
"Abah, Hani nak makan ayam"
"Aikk, mana ada orang makan roti canai dengan ayam goreng"
Hani tersengih-sengih.
Masa ni dah dapat tangkap dah perangai anak yang sorang ni.
"Okay, nah abah cubitkan ayam, hani makan"
Dia pun ambil, makan beberapa kali.
"Abah, hani dah kenyang"
"Laa, roti tak jamah lagi"
"Yela abah. Hani nak makan bungkus, tak nak makan dekat sini. Tu yang Hani tak nak makan"
Saya masa tu tengok ke cermin, muka dah separuh berubah jadi hulk dah. Cepat-cepat saya istighfar.
"Baiklah Hani, hani duduk dulu ya sampai abah siap makan. Nanti abah bungkuskan"
Hani terus pandang keliling seolah tiada perasaan.
"Hani-hani, demikianlah perempuan"
Sebab itu ada orang kata perempuan ini begitu complicated sampai kita lelaki masih pening untuk memahami walaupun sudah hidup dengan dia bertahun-tahun.
COMMENTS