$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Theia: Ibu Bulan Yang Wujud Selepas Bumi Lahir

SHARE:

Kita kenal Bulan sebagai satelit semula jadi, yang berperanan sebagai penyinar apabila munculnya waktu malam, selain mempengaruhi sistem pa...


Kita kenal Bulan sebagai satelit semula jadi, yang berperanan sebagai penyinar apabila munculnya waktu malam, selain mempengaruhi sistem pasang-surut lautan. Tapi bagi saintis, Bulan masih misteri untuk dirungkai sepenuhnya, terutamanya dua permukaan Bulan yang berbeza.


Bahagian depan (yang menghadap Bumi) dan bahagian belakang permukaan Bulan mempunyai struktur dan bahan yang berbeza. Dan setelah batu-batuan Bulan dikaji, ternyata sebahagian elemen dari batu tersebut sama dengan batu di Bumi! Apa yang terjadi sebenarnya antara dua tubuh cakerawala ini sampai batu-batuan Bumi bercampur dengan Bulan?


Banyak teori yang saintis kemukakan bagi mencari jawapannya. Antaranya ialah teori ‘Theia’, iaitu ibu Bulan. Pada 4.5 billion tahun dulu, Bumi baru saja lahir semasa Sistem Suria masih dalam fasa pembentukan. Masa itu lahir sebuah planet yang saiznya seperti planet Marikh, iaitu Theia. Nama ‘theia’ berasal dari nama dewi generasi Titan mengikut mitologi Yunani Kuno. Dewi Theia ialah ibu kepada dewi Selene, iaitu dewi bulan. Jadi, terang dan bersuluh planet Theia adalah ibu kepada bulan.

Theia mengorbit Matahari dan jaraknya hampir sama dengan jarak Bumi dan Matahari. Pada suatu hari, daya graviti planet Zuhrah begitu kuat sehingga Theia tertarik. Sehinggalah Theia berlanggar dengan Bumi, menghasilkan letusan begitu kuat. Selepas letusan, saki-baki Theia terkeluar dari hentaman dan mula berpusing mengorbit Bumi. Manakala serpihan Bumi pula mula bercampur dengan serpihan Theia.

Dari gabungan serpihan ini, lahirnya satelit semula jadi bernama Bulan. Sampai sekarang Bulan dipercayai berasal dari gabungan serpihan kedua-dua planet: Bumi dan Theia. Tapi, ini cuma teori saintis tau! Planet Theia hanyalah bayangan saintis saja, belum ada kajian bagi membuktikan kewujudan ibu Bulan ini.

Ada tiga teori lagi bagi mencari asal-usul Bulan. Pertama, Bumi dan Bulan berasal dari pecahan sebuah planet kuno. Kedua, Bulan sebenarnya planet kerdil kemudian tertarik dengan daya graviti Bumi. Dan ketiga, Bumi dan Bulan terbentuk secara serentak sehingga kedua-duanya tertarik sesama sendiri. Jadi, Selagi tidak ada jawapnnya, selagi itulah asal-usul Bulan tetap misteri.

Oleh: Dans CKay’s

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content