Permohonan Geran KL Kreatif Telah Dibuka Pada 29 Mei 2023

SHARE:

Program Geran Kuala Lumpur Kreatif Permohonan Dibuka Mohon Di Sini Pengenalan Program Geran Kreatif Kuala Lumpur bertujuan untuk menggiatkan...


Program Geran Kuala Lumpur Kreatif

Permohonan Dibuka

Pengenalan
  • Program Geran Kreatif Kuala Lumpur bertujuan untuk menggiatkan semula pusat bandar bersejarah ke arah penciptaan hab kreatif, berdaya huni, bertenaga, dan berkembang maju dengan menawarkan peluang untuk melaksanakan kerja-kerja pemulihan daerah kreatif dan pembangunan ekonomi serta mengukuhkan daya tahan sosial dan alam sekitar di Pusat Bandar Kuala Lumpur
  • Program ini bertujuan untuk menarik bakat dan perniagaan ke Pusat Bandar Kuala Lumpur, menggalakkan pembentukan persekitaran yang menarik untuk didiami, bekerja, makan, dan beriadah, sekaligus menjadi asbab utama untuk menarik pelaburan baru ke daerah kreatif ini
  • Permohonan dibuka dari 29 Mei 2023 hingga 14 Ogos 2023
Terma Rujukan
Kawasan Tumpuan
  • Lokasi utama Pusat Bandar Kuala Lumpur. Sila rujuk peta di bawah dengan liputan kawasan yang diwarnakan dengan merahDataran Merdeka
    1. Stesen LRT Masjid Jamek
    2. Jalan Hang Lekiu
    3. Hab Transit Pasar Seni
  • Pemohon juga dialu-alukan untuk mencadangkan projek di luar kawasan yang dinyatakan di atas selagi ianya berada dalam liputan yang diwarnakan dengan biru, seperti peta di bawah


Pembiayaan Geran
  • Program ini menyokong sebarang cadangan berdasarkan 5 tema utama:>
    1. Peremajaan ruang usang/terbiar
    2. Pembenihan dan/atau pengembangan perniagaan
    3. Kandungan kreatif dan/atau pengaktifan
    4. Pembangunan komuniti
    5. Penyelidikan dan/atau penerbitan
  • Jumlah geran: RM50,000 – RM300,000 bagi setiap permohonan
  • Program ini megutamakan projek yang:
    1. Mempunyai sekurang-kurangnya nisbah 1:1 pelaburan bersama
    2. Berpotensi dalam penjanaan impak tinggi
    3. Menyokong projek yang inklusif kepada semua komuniti, menarik pengguna baharu & menyuntik kandungan kreatif baharu serta mempelbagaikan penggunaan ruang
  • Projek mesti siap sepenuhnya atau hampir siap pada 31 Disember 2023
  • Sila rujuk laman web Program Geran KL Kreatif untuk maklumat lanjut

Kelayakan
  • Individu, kolektif, pertubuhan berasaskan komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan yang terdiri daripada:
    • Komuniti kreatif dan teknologi
    • Persatuan dan institusi kebudayaan
    • Komuniti perniagaan
    • NGO, perusahaan sosial dan persatuan komuniti
    • Perdagangan tradisional
    • Komuniti rentan
    • Institusi pendidikan, sukan dan rekreasi
  • Organisasi/syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan/atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dialu-alukan untuk memohon
Cara memohon
  • Pemohonan yang berminat dikehendaki menghadiri salah satu sesi seperti berikut:
    1. Hari terbuka
    2. Klinik permohonan geran - sesi sepanjang 20 minit untuk mendapatkan bimbingan mengenai projek yang dicadangkan
Tarikh Hari Terbuka
2 Jun 2023 (Virtual)
6 Jun 2023
13 Jun 2023

Tarikh Klinik permohonan geran
7 Jun 2023
10 Jun 2023
14 Jun 2023
17 Jun 2023
21 Jun 2023
  • Muat turun borang permohonan
  • Dokumen yang diperlukan:
    1. Borang permohonan yang lengkap
    2. CV, profil, dan portfolio (untuk individu/organisasi)
    3. Belanjawan - pecahan terperinci kos, termasuk mana-mana penentuan kos pihak ketiga (perincian kos perlu diisi berdasarkan templat yang terdapat dalam borang permohonan)
    4. Penyata bank yang dikosongkan untuk menunjukkan bukti surat-menyurat
    5. Butiran syarikat - sijil pendaftaran dengan Pendaftar Syarikat/Pertubuhan/Borang Perniagaan 9,13,22,44,49, M&A
    6. Dokumen sokongan lain - gambar lokasi tapak projek berdasarkan lokasi tumpuan yang dicadangkan, kos pihak ketiga, dokumen penyelidikan, dan sebagainya
    7. Dokumen yang berkenaan untuk setiap tema geran seperti yang dinyatakan dalam Tema Rujukan Program Geran KL Kreatif
  • Hantarkan borang yang lengkap dan dokumen yang diperlukan ke emel downtownkl@thinkcity.com.my
Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Program Geran Kuala Lumpur Kreatif
Agensi
Think City

Emel
downtownkl@thinkcity.com.my

Telefon
+6013 251 8930

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content