Sumbangan Tunai Rahmah & eBeliaRahmah, Bukan Sekadar Menambah Pendapatan Boleh Guna Rakyat

SHARE:

Inisiatif Bantuan Tunai (Cash Assistance) adalah salah satu inisiatif yang dapat memberikan pelbagai faedah kepada sesebuah negara, terutam...


Inisiatif Bantuan Tunai (Cash Assistance) adalah salah satu inisiatif yang dapat memberikan pelbagai faedah kepada sesebuah negara, terutama sekali dalam memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup individu dan isi rumah yang memerlukan, di samping merangsang pertumbuhan ekonomi menerusi peningkatan perbelanjaan pengguna.

Di Malaysia umpamanya, pelbagai jenis bantuan tunai disediakan oleh Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 bertujuan memelihara kebajikan golongan sasaran. Bantuan-bantuan tunai ini bukanlah sekadar untuk menambah pendapatan boleh guna isi rumah tetapi juga untuk memastikan golongan yang memerlukan mendapat akses kepada perlindungan sosial, pendidikan dan pembangunan modal insan, serta kesejahteraan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Antara bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Warga Emas (BWE), Bantuan Musim Tengkujuh (BMT), dan pelbagai bantuan tunai yang lain. Setiap bantuan tunai yang dirangka mempunyai tujuan dan kumpulan sasaran tersendiri bagi memastikan tiada rakyat yang berkelayakan tercicir daripada mendapatkan bantuan.

Pada 22 Jun 2023, susulan daripada kenyataan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, mengenai penyaluran STR Fasa 3 yang dipercepatkan daripada bulan Julai 2023 kepada sebelum Hari Raya Aidiladha, Kementerian Kewangan telah mengumumkan bahawa STR Fasa 3 akan mula disalurkan pada 26 Jun 2023. Keputusan ini di buat bagi meringankan beban rakyat, terutamanya mereka yang akan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Dengan peruntukan lebih RM2 bilion, penyaluran STR Fasa 3 yang dipercepatkan ini akan memanfaatkan lebih 8 juta isi rumah dan individu B40 dengan kadar bayaran RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing. Bantuan tunai ini pastinya dapat meringankan beban Rakyat Malaysia, terutama sekali mereka yang amat memerlukan, sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dengan lebih bermakna tahun ini.

Pada masa yang sama, pada 21 Jun 2022, YAB Perdana Menteri juga telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM400 juta bagi inisiatif eBeliaRahmah, sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2023, yang memanfaatkan seramai 2 juta golongan belia dengan kredit e-tunai sejumlah RM200. Bagi belia berumur 18 sehingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang berdaftar, inisiatif eBeliaRahmah diharap akan dapat memupuk budaya pembayaran tanpa tunai (cashless payment) di samping meringankan beban kewangan mereka.

Para belia yang menepati kriteria kelayakan boleh mula mendaftar untuk inisiatif eBeliaRahmah bermula pukul 8 pagi, 26 Jun 2023, sehingga 22 Ogos 2023 di salah-satu aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet Boost, Setel atau Touch’n’Go eWallet.

Selain daripada STR Fasa 3 dan inisiatif eBeliaRahmah yang diumumkan minggu ini, masih terdapat beberapa bantuan tunai di bawah Belanjawan 2023 yang dirangka khusus bagi membantu golongan yang memerlukan. Antaranya adalah:

Bantuan Am Persekutuan - Bantuan tunai bagi golongan yang memerlukan & keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan JKM lain, untuk membantu menampung perbelanjaan harian.

Maklumat lanjut: https://budget.mof.gov.my/manfaat /faq/bam.html

Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) - Bantuan tunai bagi Orang Kurang Upaya yang berdaftar di bawah JKM & berkelayakan bertujuan untuk menggalakkan mereka bekerja, hidup berdikari & produktif.

Maklumat lanjut: https://budget.mof.gov.my/manfaat /faq/epoku.html

Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) - Bantuan tunai bagi OKU tidak berupaya bekerja, berdaftar di bawah JKM & berkelayakan, bertujuan untuk menggalakkan mereka terus tinggal bersama.

Maklumat lanjut: https://budget.mof.gov.my/manfaat /faq/btb.html

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) - Bantuan tunai bagi keluarga/ penjaga kepada anak/kanak-kanak yang tiada penjaga bertujuan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup & tinggal bersama keluarga.

Maklumat lanjut: https://budget.mof.gov.my/manfaat /faq/bkk.html

Bantuan Warga Emas (BWE) - Bantuan tunai bagi warga emas miskin tegar (warganegara) yang berkelayakan bertujuan untuk memastikan kelangsungan & kesejahteraan hidup.

Maklumat lanjut: https://budget.mof.gov.my/manfaat /faq/bwe.html

Bantuan Anak Pelihara (BAP) - Bantuan tunai bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik/yatim/yatim piatu/tiada saudara mara, untuk membantu mereka terus tinggal bersama keluarga pelihara.

Maklumat lanjut: https://budget.mof.gov.my/manfaat /faq/bap.html

Terdapat banyak lagi inisiatif di bawah Belanjawan 2023 yang dapat memanfaatkan rakyat Malaysia yang memerlukan. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan dalam memastikan setiap bantuan yang dirangka adalah khusus kepada keperluan golongan sasaran terutamanya yang melibatkan pemuliharaan institusi keluarga, selaras dengan matlamat Malaysia MADANI dalam membangun sebuah negara yang makmur dan maju.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Belanjawan 2023 yang khusus untuk anda, sila layari Portal Manfaat. Dapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif Kerajaan menerusi laman media sosial rasmi Manfaat di Facebook dan Instagram.

Ditulis Oleh: Bahagian Pembangunan Korporat LAKSANA

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content