$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Permohonan Geran Penubuhan Perihatin Komuniti Dibuka

SHARE:

GPPK - Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti Permohonan Dibuka Mohon Di Sini Pengenalan Kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah meluluskan perun...


GPPK - Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti

Permohonan Dibuka

Pengenalan
  • Kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah meluluskan peruntukan bagi Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) kepada Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kesukarelawanan untuk keselamatan komuniti setempat
  • Objektif utama GPPK ini adalah seperti berikut:Meningkatkan tahap keselamatan dalam komuniti;
  • Meningkatkan penglibatan pertubuhan dalam hal ehwal keselamatan komuniti setempat; dan
  • Membudayakan keselamatan tanggungjawab bersama
Kelayakan
  • Saringan permohonan akan dibuat di peringkat JPPM Negeri
  • Permohonan yang LAYAK akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian GPPK manakala yang tidak layak, notifikasi pemakluman keputusan akan dimaklumkan kepada pemohon secara atas talian
  • Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan permohonan GPPK:
    • Permohonan yang LAYAK adalah seperti berikut:
      • Pertubuhan yang berdaftar dengan JPPM di bawah Akta Pertubuhan 1966
      • Pertubuhan bagi kategori sosial sub-kategori persatuan penduduk
      • Keutamaan diberikan kepada pertubuhan yang berdaftar sebelum 31 Disember 2022
      • Pertubuhan yang berstatus aktif
      • Pertubuhan yang menghantar Penyata Tahunan yang lengkap dan teratur
      • Pertubuhan yang mempunyai rekod pengurusan pertubuhan yang baik
      • Keutamaan kepada pertubuhan yang belum pernah menerima apa-apa peruntukan/geran daripada JPPM dan/atau manamana agensi Kerajaan/organisasi lain
      • Jumlah peruntukan GPPK adalah sebanyak RM10,000 sahaja bagi setiap pertubuhan
      • Tempoh perbelanjaan dan pelaksanaan program hendaklah dijalankan selewat-lewatnya pada 31 Disember 2023
    • Permohonan yang TIDAK LAYAK adalah seperti berikut:
      • Pertubuhan yang berstatus "Dalam Perhatian"
      • Pembiayaan bagi tujuan pembelian harta modal/aset pertubuhan yang tidak menyumbang dan menepati objektif pelaksanaan GPPK
      • Bantuan modal/pinjaman untuk memulakan perniagaan
      • Pembiayaan melibatkan kos pentadbiran pertubuhan seperti sewaan premis pertubuhan, bil utiliti, yuran langganan, gaji/elaun pekerja atau kos perjalanan individu untuk menghadiri kursus/persidangan
      • Program yang sedang atau telah dilaksanakan sebelum permohonan diluluskan
      • Program berbentuk bantuan ke luar negara
Cara memohon

Permohonan peruntukan GPPK boleh dilaksana melalui Sistem eROSES

Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Garis Panduan GPPK
Agensi
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)

Emel
adm_eroses.ros@moha.gov.my

Telefon
603 - 8870 2601

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content