$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Permohonan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) Dibuka Mulai 19 Jun 2023

SHARE:

Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) Permohonan Dibuka Mohon Di Sini Pengenalan Skim Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) adalah sebua...


Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK)

Permohonan Dibuka

Pengenalan
  • Skim Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) adalah sebuah inisiatif Belanjawan 2023 di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) bertujuan untuk memastikan ekosistem kesenian dan kebudayaan di negara ini terus kekal berdaya saing dan diperkasa, selari dengan matlamat dan nilai teras Malaysia Madani
  • Skim GSSK telah dibuka untuk permohonan bermula pada 19 Jun sehingga 19 Ogos 2023 (Tempoh permohonan: Dua (2) bulan)
  • Untuk maklumat lanjut sila rujuk Laman Rasmi GSSK
Bidang Fokus
  • Media :
    • Cetak & Elektronik
    • Audio Visual Pendek (tujuan promosi)
    • Dokumentasi
  • Warisan
    • Bahasa & Persuratan
    • Makanan
    • Seni Mempertahankan Diri
    • Perayaan & Festival
    • Kraf Tangan
    • Busana Tradisional
    • Pertukangan
    • Penulisan
  • Seni
    • Seni Visual (catan, arca, objek seni & media baharu)
    • Seni Persembahan (muzik, tari, & teater) tradisional atau kontemporari
  • Penciptaan
    • Rekaan (busana, fesyen, aksesori & rekaan dalaman)
Skop Program/Acara
  • Pameran
  • Ekspo
  • Festival
  • Persidangan
  • Seminar
  • Bengkel
  • Simposium
  • Kolokium
  • Pertandingan
  • Penerbitan
  • Rakaman
  • Pendokumentasian
  • Pementasan
  • Persembahan
  • Konsert
  • Program-program lain yang diperakui oleh MOTAC
Mekanisme Penyaluran


Nota Penting:
  • Had maksimum pembiayaan tidak melebihi RM300 ribu dalam tempoh satu (1) tahun
  • Kelulusan terhad kepada dua (2) permohonan sahaja oleh satu entiti. Konsep dan pengisian setiap permohonan adalah berbeza
  • Permohonan yang telah menerima bantuan MOTAC atau mana-mana Jabatan dan Agensi MOTAC tidak layak dipertimbangkan
  • MOTAC tidak akan menyediakan peruntukan keseluruhan dan hanya membiayai sebahagian kos penganjuran sahaja
Kelayakan

Siapa Yang Layak Memohon?
  • NGO/Persatuan seni, budaya dan warisan yang berdaftar dan masih aktif di bawah Akta Pertubuhan 1966;
  • Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO) seni, budaya dan warisan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966;
  • Koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Objektif penubuhan Koperasi perlu mengandungi elemen seni, budaya dan warisan);
  • Syarikat Swasta (Perlembagaan Syarikat mengandungi elemen seni, budaya dan warisan); dan
  • Lain-lain entiti berdaftar dengan Kerajaan dan diperakui oleh MOTAC
Siapa Yang Tidak Layak Memohon?
  • Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan;
  • Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM);
  • sebarang organisasi yang tidak berdaftar dengan Kerajaan;
  • Pertubuhan politik;
  • Individu/orang perseorangan; atau
  • Mana-mana entiti yang telah disenaraihitam oleh pihak Kerajaan
Cara memohon

Permohonan GSSK boleh dikemukakan secara atas talian di pautan GSSK

Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Garis Panduan GSSK
Agensi
Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya
(MOTAC)

Emel
gssk@motac.gov.my

Telefon
011-39199660
(Waktu Pejabat Sahaja)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content