Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB

SHARE:

SPNB - Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) Permohonan Dibuka Pengenalan Program ini diwujudkan oleh Syarikat Pembangunan Nasional Berhad (SPNB)...


SPNB - Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Permohonan Dibuka

Pengenalan
  • Program ini diwujudkan oleh Syarikat Pembangunan Nasional Berhad (SPNB) bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah sehingga RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Perkara

Semenanjung Malaysia

Pulau di Semenanjung Malaysia

Sabah/Sarawak/Labuan

Konsep

o    Sebuah rumah satu (1) tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air

Keluasan rumah

o    750 kps

Keluasan tanah (tertakluk kepada rekabentuk)

o    3,000 kps (279 mps)

o    3,000 kps (279 mps)

o    3,000 kps (279 mps)

Harga

o    RM 75,000

o    RM 85,000

o    Bermula dari RM 75,000

Subsidi (pembinaan)

o    RM 20,000

Jumlah pinjaman

o    Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB

Anggaran bayaran bulanan

o    Tertakluk kepada kaedah pinjaman yang disediakan oleh SPNB

Kaedah pembiayaan

xiii.Pembiayaan dan kutipan diuruskan oleh SPNB

xiv.Pembayaran balik melalui kaunter BSN/Bank Islam dan Sistem Jompay

Dokumen perjanjian dan sekuriti

o    Firma guaman berdaftar dengan SPNB

Pelaksanaan pembinaan

xvi.Kontraktor Gred G1-G7

xvii.Pembekal utama produk

xviii.Berdaftar dengan SPNB dan CIDB

Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon mestilah berumur 18 - 65 tahun
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna
  5. Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada tuan tanah
  6. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  7. Tertakluk kepada peruntukan kewangan
Nota:
- Keperluan penama kedua berumur 18-43 tahun bagi pemohon yang berumur melebihi 42 tahun di seluruh Malaysia.
- Bagi permohonan penama kedua, pemohon perlu memberikan maklumat pasangan serta jumlah tanggungan.

Cara Memohon
Kaedah memohon:
  1. Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR
  2. Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap
  3. Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem
  6. Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
  7. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
  8. Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan
Dokumen yang diperlukan:
  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
  6. Surat akuan sumpah/surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar
Nota:
- Surat Pengesahan pendapatan/tidak memiliki rumah/memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A
- SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa
- Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar disediakan oleh SPNB
- Keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan

Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim RMR
Agensi
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

Emel
pr@spnb.com.my

Telefon
03-7849 2000

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content