Skim Perubatan MADANI Bagi Golong B40 Telah Bermula Pada 15 Jun 2023

SHARE:

Skim Perubatan MADANI Tiada Permohonan Diperlukan Pengenalan Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian...


Skim Perubatan MADANI

Tiada Permohonan Diperlukan

Pengenalan
  • Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut)
  • Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah
  • Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah). Lokasi Skim Perubatan MADANI adalah seperti berikut:
  • Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut
  • Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:
    • Demam dan selsema
    • Cirit-birit dan muntah
    • Terseliuh
    • Sakit kepala
    • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain
  • Rawatan yang tidak termasuk adalah:
    • Imunisasi rutin
    • Saringan kesihatan
    • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
    • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
    • Perancangan keluarga rutin
    • Perkhidmatan rehabilitasi
    • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
    • Permintaan suplemen
  • Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, mengikut kategori berikut:

Kategori (bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah)

Jumlah Kos Rawatan yang Ditanggung
Sehingga 31 Disember 2023 (RM)

Isi Rumah Berkeluarga

RM250

Warga Emas (tanpa pasangan)
- 60 tahun ke atas

RM125

Bujang
- 21-59 tahun
- 19-59 tahun (bujang berstatus OKU)

RM75


*Nota: Jumlah caj rawatan bagi setiap lawatan ialah dalam lingkungan RM60 - RM160

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Skim Perubatan MADANI

Kelayakan
  1. Syarat kelayakan:Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar bagi kategori berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
  2. Kelayakan adalah secara automatik
  3. Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain
Cara Memohon
Langkah untuk mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI
  • Langkah 1
    Semak kelayakan anda di laman sini
  • Langkah 2
    Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan
  • Langkah 3
    Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma
  • Langkah 4
    Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang
Soalan Lazim

Untuk maklumat lanjut, sila layari Soalan Lazim Skim Perubatan MADANI
Agensi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
&
ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd

Emel
spm@protecthealth.com.my

Telefon
+603-8687 2525
8:30pagi - 5:30petang (Isnin - Jumaat)
9:00pagi - 4:00petang (Ahad)
Sabtu dan Cuti Umum (Tutup)

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content