PRN Selangor: Tarikh Pilihan Raya Negeri Selangor

SHARE:

Menteri Besar Selangor telahpun mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempo...

Menteri Besar Selangor telahpun mengumumkan tarikh pembubaran DUN Selangor secara rasmi pada 23 Jun iaitu dua hari lebih awal daripada tempoh mandat dan ini bermakna Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor mestilah diadakan dalam tempoh 60 hari setelah tarikh pembubaran DUN – mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Tarikh pembubaran DUN Selangor dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 Jun lalu.

PRN Selangor kali ini dilihat cukup menarik memandangkan ianya tidak diadakan sekali dengan PRU15 beberapa bulan yang lalu.

Tarikh PRN Selangor

*Tarikh PRN Selangor akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya

Pertembungan hebat

Negeri Selangor sejak sekian lamanya telah dikuasai oleh pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sejak 2008 yang asalnya dengan nama Pakatan Rakyat (PR).

Hampir 15 tahun, pentadbiran negeri tidak pernah bertukar, manakala prestasi kerajaan PH dilihat agak baik memandangkan ia antara negeri termaju dan berdekatan dengan pusat pemerintahan negara.

Walau bagaimanapun, senario pada PRN Selangor kali ini agar berbeza memandangkan PH telah melakukan kerjasama dengan Barisan Nasional yang dianggotai UMNO, MCA dan Gerakan – parti yang dahulunya dihumban keluar dari Selangor.

Sekiranya prestasi PH pada peringkat Persekutuan tidak begitu baik dan kerjasaman dengan BN diambilkiri, keputusan PRN Selangor mungkin akan terkesan.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh memandang rendah pada gelombang biru Perikatan Nasional di mana keputusan yang dicatatkan pada PRU15 yang lalu cukup mengejutkan ramai pemerhati politik.

Namun, apa yang pasti medan PRN Selangor kali ini akan menjadi kayu ukur utama dalam menguji kesepaduan ideologi kedua-dua gabungan besar.

Semakan daftar pemilih

Sekiranya anda merupakan pengundi berdaftar di negeri Selangor, anda boleh membuat semakan daftar pengundi anda melalui laman web rasmi SPR dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
  1. Layari laman web SPR di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan
  2. Klik pada “Semakan Daftar Pengundi”
  3. Masukan Nombor Kad Pengenalan
  4. Masukkan Captcha seperti yang tertera
  5. Klik pada butang Semak
  6. Hasil carian akan dipaparkan
Perincian mengenai lokasi mengundi akan diberikan setelah tarikh PRN Selangor dimuktamadkan oleh pihak SPR.

Sumber : eCentral

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content