Rayuan STR – Alasan Tidak Lulus & Permohonan Semula

SHARE:

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : TEMPOH PERMOHONAN RAYUAN STR 2023 YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim , Perdana Menteri merangkap Menteri Kewan...

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2023 : TEMPOH PERMOHONAN RAYUAN STR 2023

YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 3 dipercepatkan dan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha berbanding perancangan awal pada bulan Julai 2023 bagi meringankan beban kewangan rakyat.

Dengan peruntukan lebih RM2 bilion, para penerima akan mendapat bayaran daripada RM100 sehingga RM1,300 mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima mulai 26 Jun – 5 Julai 2023, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 26 Jun 2023.



Semakan Status Tidak Lulus & Alasan

Semakan status kelulusan STR Fasa 3 dibuka mulai 26 Jun 2023.

Bagi mereka yang tidak lulus, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 3 hingga 31 Julai 2023

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Alasan tidak lulus STR boleh disemak melalui menu > Semakan Status.


Cara Permohonan Rayuan STR Fasa 3

Tempoh Permohonan Rayuan STR 2023:
  • Mulai 03 sehingga 31 Julai 2023.
Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Untuk membuat rayuan, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kaedah Permohonan Rayuan STR 2023:
  • Secara Dalam Talian.
  • Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.
Permohonan Rayuan STR 2023 secara dalam talian boleh dibuat bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus tertentu sahaja.

Rayuan Tambahan tidak dibenarkan kepada Permohonan Lulus STR kategori Isi Rumah dengan amaun kelulusan asas sebanyak RM2,500.

Perkhidmatan kaunter STR LHDNM dibuka untuk Permohonan Rayuan STR 2023.

NOTA:

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2023 bagi pemohon yang mempunyai rekod STR 2023.

Log Masuk MySTR memerlukan ID Pengguna (No. MyKad) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran MySTR, Sila klik Soalan Lazim (FAQ) MySTR.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 melalui lampiran di bawah:







Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Untuk maklumat yang lebih terperinci, sila layari laman info STR di Portal Manfaat menerusi link https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html

Sumber : eCentral

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content