eBeliaRahmah - Cara Penebusan e-Tunai Boost, TNG & Setel

SHARE:

Apakah inisiatif eBeliaRahmah? Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kem...

Apakah inisiatif eBeliaRahmah?
  • Program eBeliaRahmah merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh Kementerian Kewangan.
  • Program ini bertujuan untuk terus menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai selain meringankan beban kewangan belia.
  • Program ini dijangka memanfaatkan sekitar 2 juta belia Malaysia melalui tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
  • Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun atau mata ganjaran (rewards points).
Siapakah yang layak menerima kredit eBeliaRahmah ini?
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia; dan
b. Mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2023 (lahir pada tahun 2003 sehingga 2005);
ATAU
c. Merupakan pelajar aktif sepenuh masa sebelum 30 April 2023 di peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di institusi pengajian tinggi (“IPT”) berdaftar dengan salah satu kementerian berikut: Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sumber Manusia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (atau dirujuk sebagai “Kementerian Pengawal”), tanpa had umur.

Saya berumur 20 tahun tapi akan mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023, adakah saya layak untuk program ini?

Tidak, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada 2023 (lahir pada tahun 2002) dan ke atas tidak layak untuk program ini, kecuali memenuhi syarat pelajar di 2(c).

Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)

Saya bakal menjadi pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar, namun hanya akan memulakan pengajian hujung tahun ini, adakah saya layak?

Pelajar baharu yang sudah berdaftar sebagai pelajar aktif sepenuh masa di institusi pengajian tinggi sebelum 30 April 2023 adalah layak untuk menerima kredit eBeliaRahmah.

Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eBeliaRahmah, sila rujuk Soalan (2)

Bilakah program ini akan bermula dan bilakah ia akan berakhir? Adakah kredit eBeliaRahmah dan insentif e-tunai mempunyai tarikh luput?
  • Permohonan kredit eBeliaRahmah hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, bermula pada 8.00 pagi, 26 Jun 2023 hingga 11.59 malam, 22 Ogos 2023.
  • Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 31 Ogos 2023. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eBeliaRahmah yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
  • Insentif yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan e-dompet bergantung kepada polisi masing-masing. Sila rujuk pengumuman kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut untuk maklumat lanjut.
Di manakah saya boleh membuat tuntuan kredit eBeliaRahmah ini?

Penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini ialah:
a. Touch ‘n Go eWallet;
b. Boost; dan
c. Setel

Bagaimana saya boleh memohon kredit eBeliaRahmah?

Proses verifikasi bagi pengguna baharu dan sedia ada boleh dilakukan melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat.

Langkah 1: Muat turun aplikasi e-dompet terlibat dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.

Langkah 2: Bagi pengguna baharu atau sedia ada, ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Langkah 3: Penyedia perkhidmatan e-dompet akan membuat verifikasi identiti anda secara elektronik Know-Your-Customer (eKYC).

Langkah 4: Di aplikasi e-dompet pilihan anda, masukkan maklumat yang diperlukan pada halaman tuntutan eBeliaRahmah dan tekan “Hantar”.

Langkah 5: Anda akan dimaklumkan mengenai status tuntutan anda dalam masa 3 hari.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit eBeliaRahmah daripada 1 penyedia perkhidmatan e-dompet sahaja. Sila rujuk aplikasi e-tunai masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan kredit eBeliaRahmah.

Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eBeliaRahmah tersebut?

Anda boleh menggunakan kredit RM200 eBeliaRahmah untuk sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

a. pemindahan “peer-to-peer”;
b. penebusan tunai;
c. bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
d. bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
e. bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
f. pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-tunai;
g. bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
h. aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-tunai; dan
i. transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

Bilakah saya akan mendapat tuntutan kredit RM200 eBeliaRahmah?

Sekiranya anda memenuhi kelayakan eBeliaRahmah dan telah melalui proses verifikasi eKYC, anda akan menerima RM200 secara one-off ke dalam e-dompet pilihan anda dalam masa 3 hari dari tarikh permohonan.

Bilakah saya akan menerima insentif e-tunai daripada penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat dalam program ini?

Ini bergantung kepada penyedia perkhidmatan e-dompet masing-masing berdasarkan polisi kempen yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat kempen penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut.

Bagaimana pihak anda membuat semakan maklumat peribadi saya dan adakah maklumat tersebut dilindungi?
  • Data kewarganegaraan, umur dan status pelajar yang berkaitan akan disahkan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan senarai data daripada Kementerian Pengawal. Data peribadi tersebut tidak akan dikongsi dengan penyedia perkhidmatan e-dompet.
  • Sebarang masalah privasi data yang berkaitan dengan e-dompet tertakluk kepada peruntukan undang-undang dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA)
Saya merupakan peruncit luar talian yang tidak mempunyai fasiliti pembayaran e-dompet. Bolehkah penerima eBeliaRahmah berbelanja di premis saya?

Tidak. Oleh itu, semua peruncit digalakkan menyertai platform e-dompet atau menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow agar penerima eBeliaRahmah boleh berbelanja kredit eBeliaRahmah mereka di kedai anda.

Mengapa permohonan saya lambat diluluskan?

Semasa tempoh tuntutan yang tinggi, mungkin terdapat kelewatan dalam pemprosesan kredit RM200 eBeliaRahmah. Anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan e-dompet yang anda pilih untuk maklumat lanjut berkaitan sekiranya kelewatan tersebut sudah menjangkau 3 hari. Bagi memudahkan pertikaian, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan contohnya kad pengenalan, untuk verifikasi.

Maklumat perkhidmatan pelanggan e-dompet:
a. Boost: https://support.myboost.com.my
b. Setel: https://help.setel.com/
c. Touch ‘n Go eWallet: https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my

Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?

Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda setelah anda membuat permohonan di halaman eBeliaRahmah dalam aplikasi e-dompet tersebut.

Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal?

Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan daripada e-dompet pilihan anda.

Adakah terdapat proses bagi sebarang pertikaian (‘dispute’)?

Ya. Sebarang pertikaian boleh dikemukakan kepada penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan
anda, dan pihak penyedia perkhidmatan e-dompet akan membantu anda.

Bagi permohonan yang gagal akibat pengenalan diri tidak sah, anda mungkin perlu menghantar
maklumat tambahan untuk verifikasi semasa proses pertikaian.

Mengapa RM200 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian?

Inisiatif eBeliaRahmah adalah untuk kegunaan secara fizikal.

Ini juga sebahagian daripada langkah yang diambil untuk menyokong peruncit dan peniaga di
Malaysia yang merupakan sebahagian daripada komuniti perniagaan Malaysia, terutamanya
PMKS.

Pada masa yang sama, baucar, diskaun dan lain-lain yang diberikan oleh penyedia
perkhidmatan e-dompet boleh digunakan dalam talian dan luar talian, tertakluk kepada syarat
penyedia e-dompet yang berkenaan.

Terdapat perniagaan/peruncit fizikal yang tidak mempunyai penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan saya sebagai kaedah pembayaran. Bagaimana cara untuk saya membuat pembayaran?

Kaedah piawaian penggunaan kod QR saling boleh kendali Duitnow membolehkan rakyat
Malaysia membuat pembayaran dan menerima dana daripada mana-mana Bank dan edompet yang berdaftar dengan hanya satu kod QR: https://www.duitnow.my/QR/index.html

Sukacita dimaklumkan bahawa ketiga-tiga dompet di bawah inisiatif eBeliaRahmah adalah
berdaftar dengan Duitnow.

Oleh itu, jika peruncit pilihan anda tidak membawa kod QR e-dompet pilihan anda, anda masih
boleh membuat pembayaran dengan menggunakan kod QR DuitNow.

Bagaimana tiga penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut dipilih untuk program ini?

Pihak kerajaan telah mengundang 10 penyedia perkhidmatan e-dompet utama (berdasarkan volum transaksi dan pengguna aktif) untuk bekerjasama dalam program ini dengan garis panduan serta terma dan syarat program yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF). Ini termasuk kemampuan memenuhi syarat teknikal program, perkongsian kos serta insentif e-tunai tambahan yang akan ditawarkan untuk dipadankan dengan kredit eBeliaRahmah yang diberikan oleh Kerajaan.

Setelah melalui proses perbincangan dan penilaian, 3 penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet telah memberi komitmen penyertaan dalam program ini. Ketiga-tiga syarikat e-dompet ini secara keseluruhan mempunyai lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian. Jaringan yang kukuh dan luas ini membolehkan program ini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content