Zaman sekarang ini pelbagai jenis ragam yang kita terima untuk scammer topup ini. Terutamnya apabila kita sudah menjadi Agent Jual Topup D...
Apabila anda iklan nombor telefon anda di media sosial seperti Facebook, Telegram, Whatsapp, Instagram, Twitter dan sebagainya. Scammer topup ini akan cari serta mesej nombor telefon anda tersebut dan minta untuk jadi partner dengan pinjam nombor akaun bank.
Mereka mempunyai pelbagai cara untuk dapatkan keuntungan daripada hasil scammer dengan kata pelanggan mereka ingin membeli topup games seperti Mobile Legends, PUBG dan Free Fire. Scammer topup ini akan menawarkan kita untuk dapat 2% daripada keuntungan mereka jual.
Cuba anda fikir kenapa mereka tidak berniaga dengan cara yang betul dengan mendaftarkan perniagaan mereka di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan membuat akaun. Jikalau paling lekeh dan kurang ilmu pun akan ada akaun bank sendiri disebabkan rakyat Malaysia.
Kebanyakkan scammer topup ini daripada Indonesia dan juga ada orang Malaysia kerana mereka memgunakan modus operandi yang sama iaitu ingin keldaikan akaun bank anda untuk mereka dapat keuntungan.
Jikalau daripada sudut lain selain scammer topup, mereka akan scam dengan membeli produk Touch n' Go (TNG) eWallet, Boost Wallet, Shopee Pay Wallet, Big Pay Wallet dan sebagainya. Mereka akan mengambil kesempatan daripada anda.
Nasihat saya untuk semua Agent Topup dan Bil di seluruh Malaysia, sentiasa berhati-hati dan tidak sesekali melayan menjual dengan kuantiti yang banyak dan tidak masuk akal serta meminta pelanggan mereka menggunakan akaun bank anda untuk di keldai akaun tanpa anda perasan.
COMMENTS