Shuib Dan Watie Bernikah

SHARE:

SUBANG JAYA: Pelawak dan penyampai radio, Shahmira Muhamad, 38, atau Shuib, sah menjadi suami kepada usahawan, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifi...


SUBANG JAYA: Pelawak dan penyampai radio, Shahmira Muhamad, 38, atau Shuib, sah menjadi suami kepada usahawan, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, atau Watie, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah di Putra Glass House, Putra Heights di sini, disaksikan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Zubairi Ghazali, pada jam 8.48 malam tadi.

Pada majlis yang berlangsung sederhana itu, Shuib menyerahkan mas kahwin bernilai RM8,288 serta lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Pasangan pengantin memilih pakaian rona putih gading ciptaan Fizi Woo pada majlis berkenaan.

Sementara itu pada acara membatalkan air sembahyang, Shuib menyerahkan sebentuk cincin dan sejambak bunga sambil diiringi lontaran vokal, Lah Ahmad yang mendendangkan lagu Ayu.

Kira-kira 600 tetamu hadir bagi meiinyaksikan majlis penuh bermakna itu.

Antara tetamu yang hadir ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Turut hadir, pakar motivasi, Datuk Fadhilah Kamsah; pendakwah, Ustaz Don dan Asyrad Ridzuan.

Antara selebriti hadir adalah Fad Bocey, Nabil Ahmad, Sharifah Shahirah, Dafi, Fasha Sandha, MK, Zara Zya dan ramai lagi.

Majlis pernikahan itu mendapat tajaan hampir RM1.7 juta membabitkan penganjuran tiga majlis iaitu majlis khatam al-Quran, malam berinai dan akad nikah.

Perkenalan Shuib dan Watie yang berputik melalui media sosial, Instagram (IG), akhirnya membawa ke jenjang pelamin.

Shuib dan Watie bertunang pada majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam pada 6 Mei lalu.

Sebelum ini, Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. - Berita Harian

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content