Seorang Lagi Anggota TUDM Maut

SHARE:

Facebook Datuk Seri Mohamad Hasan TAMPIN: Seorang lagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninggal dunia selepas dikatakan terken...

Facebook Datuk Seri Mohamad Hasan

TAMPIN: Seorang lagi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninggal dunia selepas dikatakan terkena bom lempar yang meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, beliau mengucapkan takziah kepada kedua-dua keluarga yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Mendapat perkhabaran duka kejadian letupan bom lempar yang mengorbankan seorang jurulatih dan seorang penuntut dari Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan (INSTAR) semasa latihan menembak senjata dan bom lempar di Kem Syed Sirajuddin, petang tadi.



"Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Laskar Udara I Mohd Iqmal Masdi.

"Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuanNya jua," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang anggota TUDM maut selepas bom lempar meletup ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, hari ini.

Difahamkan, dua jurulatih lagi parah dalam kejadian jam 12 tengah hari ketika mereka menjalani latihan menembak senjata dan bom lempar di tapak latihan kem terbabit.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab dilaporkan berkata, siasatan lanjut masih diteruskan dengan bantuan daripada pasukan forensik IPK Negeri Sembilan yang turut berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan dan mengenalpasti punca sebenar kejadian.

"Setakat ini siasatan diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR)," katanya. - Berita Harian

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content