Membeli-Belah Di Aman Central Alor Setar Kedah

SHARE:

Setelah sekian lama tidak jalan di shopping mall paling terkenal di Alor Setar, Kedah iaitu Aman Central. Hari ini ada peluang hendak berjal...


Setelah sekian lama tidak jalan di shopping mall paling terkenal di Alor Setar, Kedah iaitu Aman Central. Hari ini ada peluang hendak berjalan disitu bersama dengan keluarga dan juga mentua.
Aman Central

Aman Central, 1, Darul Aman Hwy, Kampung Lubok Peringgi, 05100 Alor Setar, Kedah

04-735 2626

Di Aman Central Alor Setar Kedah terdapat 2 parking iaitu parking kereta di bawah tanah dan juga parking kereta di bahagian atas. Selalunya apabila hujung minggu parking kereta akan sentiasa penuh dan kebetulan hari ini adalah hari kerja, saya pergi ke sana dan parking banyak kosong.


Banyak perubahan kedai lot di dalam Aman Central dan lokasi juga turut berubah sejak 2 - 3 tahun tidak masuk ke dalam shopping mall ini. Contohnya sebelum ini tiada Lotus's di dalam Aman Central dan sekarang sudah ada termasuklah kedai-kedai yang lain.

Kedudukan yang strategik dan menarik iaitu di hadapan Menara Alor Setar yang ikonik, Aman Central mudah diakses melalui persimpangan Jalan Tambang Badak dan Jalan Teluk Wanjah.

Tempat Aman Central shopping mall ini tidaklah sehebat shopping mall yang besar yang lain seperti Queensbay Mall di Pulau Pinang tetapi daripada segi perubahan drastik. Banyak juga kedai butik yang tersedia di dalam Aman Central seperti Bonia, Carlo Rino, Levi's, Skechers dan juga lain-lain kedai.

Kalau anda berada di Alor Setar atau kawasan sekitarnya dengannya seperti Jitra, Kuala Kedah, Langgar, Kepala Batas, Pokok Sena, Simpang Empat dan lain-lain lagi. Boleh terus hadirkan diri ke Aman Central untuk membeli belah di pusat beli belah paling terhebat di Alor Setar.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content