Siapa Perempuan Pakai Prada, Selalu Keluar TV Tak Reti Bayar Hutang Aliff Syukri?

SHARE:

Seorang ahli perniagaan mencetus kemarahan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri kerana mengelak membayar hutang tertunggak bernilai juta...

Seorang ahli perniagaan mencetus kemarahan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri kerana mengelak membayar hutang tertunggak bernilai jutaan ringgit.

Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, mendakwa individu berkenaan turut menjaja cerita tidak benar seolah-olah dirinya yang bersalah dalam hal ini.

IG

Berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Aliff bagaimanapun berkata, dia mempunyai segala bukti termasuklah perjanjian bertulis yang sudah dibuat sebelum ini.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia sudah menghubungi individu tersebut dan bakal mengambil tindakan undang-undang.

IG

"Cuba teka siapa akak ni? Saya beri hint ya. Sebenarnya saya sudah cuba menghubungi dia, dah WhatsApp dan cakap baik-baik dah.

"Sampai sekarang ini saya terpaksa buat tindakan peguam. Saya beri hint dia jual tudung, selalu keluar televisyen, acah-acah alim dan kaya," ujarnya.

Kata Aliff lagi, dia sudah menagih hutang itu lebih tahun dan apa membuatkannya bengang melihat kehidupan mewah yang ditunjukkan wanita berkenaan.

"Boleh saja saya nak tunjuk muka akak yang berhutang ni. Janji nak bayar setahun, ini sudah masuk empat tahun tak bayar.

"Kereta baru mewah sempat beli, pergi umrah pakej mewah, beg prada. Hutang? Sedih! Waktu nak pinjam bukan main manis meminta," katanya.


Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meminta Aliff untuk memberi fokus kepada ibadah haji yang sedang dilakukan dan berdoa supaya usahawan berkenaan lembut hati untuk membayar semula wang yang dipinjam.

"Datuk di tempat suci tu doakan yang berhutang ini lembut hati nak bayar hutang kita. Tenang Datuk.

"Lagi berapa hari nak hari wukuf, perbanyakkan ibadah, ikhlaskan hati, lapangkan dada berserta doa. Moga-moga terbuka hati orang yang berhutang itu," tulis netizen.

Pada Rabu lalu, Aliff berangkat menunaikan ibadah haji bersama anak lelakinya iaitu Ammar Ahyan.

Kata Aliff, ini peluang dia menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah selepas 15 tahun dan berharap agar pengikutnya mendoakan semua urusan mengerjakan ibadah itu selain dapat berubah menjadi insan lebih baik selepas pulang kelak.

Sumber: mStar & Cari

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content