STATUS MyKid anak anda? ~ Semakan MyKid JPN 2023 – Status & Permohonan Online

SHARE:

Dah buat semakan MyKid? Dengar kata ramai yang masih belum dapat ambil di JPN walaupun dah lama hantar permohonan. Ini kerana terdapat kelew...

Dah buat semakan MyKid? Dengar kata ramai yang masih belum dapat ambil di JPN walaupun dah lama hantar permohonan.

Ini kerana terdapat kelewatan dalam memperolehi MyKid bagi bayi yang baru lahir.

Berikut dikongsikan info terkini tentang permohonan MyKid dan semakan tarikh mendapatkannya daripada JPN.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan MyKid JPN bagi tahun 2023.


Apakah MyKid?

MyKid merupakan kad pengenalan atau pengenalan diri kanak-kanak bercip yang dikeluarkan kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.Ciri MyKid adalah sama seperti MyKad cuma ia tidak mempunyai gambar dan cap jari.

” My ” membawa maksud “Malaysia” manakala ” Kid ” pula adalah singkatan kepada ” Kad Identiti Diri “. Nombor pengenalan diri yang terdapat pada MyKid ini akan digunakan di dalam semua urusan dari lahir hingga ke akhir hayat.

Mykid mengandungi 3 aplikasi utama yang terkandung di dalam cip iaitu:

  1. Aplikasi JPN (data kelahiran)
  2. Maklumat kesihatan
  3. Maklumat pendidikan

Kelebihan MyKid

  1. Mengurangkan penggunaan borang semasa berurusan dengan agensi kerajaan atau swasta
  2. Digunakan semasa berurusan dengan jabatan atau agensi-agensi seperti hospital atau klinik bagi tujuan pemeriksaan kesihatan, persekolahan dan sebagainya.
  3. Mudah dibawa kerana bersaiz kecilMempunyai ciri keselamatan untuk mengelak dari disalahgunakan.
  4. Berteknologi cip di mana maklumat boleh dibaca pada kad atau di dalam cip. Maklumat dalam cip tersebut juga mudah untuk dikemaskini.
  5. Bentuk cantik dan menarik

Cara Permohonan MyKid

MyKid boleh dipohon oleh semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur di bawah 12 tahun.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan MyKid:


  • Sijil Kelahiran Malaysia / Borang W (asal)
  • Dokumen Pengenalan diri pemohon (Ibu atau bapa)
  • Salinan IC bapa
  • Salinan IC ibu
  • Salinan asal Sijil Nikah / Sijil Lahir
  • Semakan Senarai Cawangan JPN & Waktu Operasi
Untuk memohon, sila ke JPN terdekat dan UTC berhampiran di senarai berikut:

https://www.jpn.gov.my/my/hubungi-kami/direktori-cawangan


Cara Semakan Status MyKid Online

Untuk semakan status permohonan online MyKid, sila rujuk pautan berikut:

👇👇👇👇👇👇

http://semakan.jpn.gov.my/semak_mykid/

👆👆👆👆👆👆

Anda boleh datang mengambil MyKid anak anda setelah status yang dipaparkan tertera seperti di bawah:


‘Status Permohonan : MyKid sedia untuk diambil’

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di pautan berikut: https://www.jpn.gov.my/

👆👆👆👆👆👆

Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Putrajaya, 

No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ,

62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

Telefon: 03-8000 8000  Faks: 03-8880 8288 


Sumber:ecentral.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content