Tiga Jam Tahan Ke Bilik Air Sebab Baju ‘Toto’

SHARE:

  PETALING JAYA: Penyanyi, Aina Abdul memberitahu dia terpaksa menahan diri ke tandas selama tiga jam konsert minggu keempat Big Stage 5 ber...

 

PETALING JAYA: Penyanyi, Aina Abdul memberitahu dia terpaksa menahan diri ke tandas selama tiga jam konsert minggu keempat Big Stage 5 berlangsung, baru-baru ini.

Katanya, perkara itu disebabkan dia memakai busana rumit seperti dilihat membawa tilam dan bantal sehingga ada netizen menggelarkannya sebagai baju ‘toto’.

“Memang tak pergi (tandas). Saya akan tahan sebab memang sudah diajar begitu.

“Ikutkan saya tak rasa apa-apa pakai baju begitu, sebab pernah pakai baju yang lebih seksa daripada itu sambil menyanyi. Pernah masa konsert pakai baju yang susah sambil menyanyi. Kali ini duduk sahaja, tiga jam saya tahan sampai habis sidang akhbar. Lencun juga (berpeluh),” katanya.

Aina ditemui selepas memperkenalkan lagu baharu berjudul, Kembara Nabawi hasil kerjasama Ali Zahra Holding Sdn. Bhd. dengan syarikat rakaman Asia Empire Record, kelmarin.

Aina yang merupakan juri tetap program realiti itu mengulas penampilannya sehingga memancing perhatian khalayak yang memakai fesyen pelik menyerupai toto.

Disoal sama ada pemakaian tersebut menghalang pandangan penonton, Aina menjelaskan isu tersebut sebenarnya tidak sepatutnya diperbesarkan.

“Saya tak sangka orang kecam dengan kebesaran baju itu. Juri duduk di atas platform, memang penonton di belakang saya terhalang walau pakai baju simple sekalipun.

“Saya takut hendak cakap sebenarnya sebab bimbang nanti dituduh riak, sebab itu saya diamkan sahaja sebelum ini,” ujarnya.

Memang terbaik dia pakai baju seperti warna tilam toto untuk kita baring. Di kepala pula saya nampak seperti bantal peluk. Apa-apa pun memang terbaik Aina Abdul kerana berpakaian seperti itu. Memang nampak pelik, janji dia tutup aurat.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content