$type=carousel$sn=0$cols=4$va=0$count=8

Tonton.Com.My (Cara Daftar & Layari TV3 Live Streaming)

SHARE:

Kepada anda yang ingin melayari atau menonton rancangan kegemaran anda pada bila-bila masa secara online, anda boleh melayari perkhidmatan p...


Kepada anda yang ingin melayari atau menonton rancangan kegemaran anda pada bila-bila masa secara online, anda boleh melayari perkhidmatan penstriman video iaitu Tonton. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara mendaftar dan juga melayari live Streaming, semoga membantu.

APA ITU TONTON

Tonton ialah perkhidmatan penstriman video tempatan yang pertama dan terbesar di Malaysia. Ianya menawarkan akses kepada hiburan tempatan terbaik, rancangan luar negara yang hebat dan acara langsung yang menarik. Kini perkhidmatan ini berkembang mengikut peredaran masa dan memindahkan kandungan Media Prima ke era digital, menjadikannya tersedia di mana-mana, pada bila-bila masa.

SALURAN TERSEDIA TONTON

Berikut adalah merupakan antara saluran yang tersedia iaitu:
  • TV3
  • TV9
  • 8TV
  • DidikTV
  • ABPBH
  • AJL
  • ADS
  • Melodi
  • Nona
  • DramaSangat
  • Rancangan Drama
  • Rancangan Filem.

PERANTI DISOKONG AKSES TONTON

Anda boleh melayari menerusi pelayar internet atau melalui aplikasi yang tersedia dalam aplikasi melalui peranti antaranya ialah:
  • Telefon
  • Tablet
  • TV pintar
  • Pemain media penstriman
  • Set-top box.
NOTA: Pastikan peranti anda disambungkan dengan internet.

CARA DAFTAR TONTON

Untuk menggunakan perkhdimatan ini, seharusnya anda perlu mendaftar akaun terlebih dahulu. Berikut adalah merupakan caranya:
  1. Layari pautan Tonton
  2. Ciptakan akaun anda dengan memasukkan nombor telefon anda, alamat e-mel dan membuat kata laluan.
  3. Semak telefon anda untuk nombor digit TAC anda yang diterima melalui SMS.
  4. Masukkan nombor digit TAC anda yang diterima melalui SMS untuk melengkapkan pendaftaran anda.

CARA MELAYARI LIVE STREAMING TONTON

Setelah selesai anda mendaftarkan akaun, kini anda boleh melayari live streaming dengan cara seperti berikut:
  1. Layari pautan Tonton
  2. Log masuk ke dalam akaun anda
  3. Kemudian pilih siaran yang dipaparkan dalam platform ini.

TERLUPA KATA LALUAN TONTON

Sekiranya anda terlupa kata laluan yang anda ciptakan, anda boleh mendapatkan kembali (reset) dengan cara seperti berikut:
  1. Layari pautan terlupa kata laluan
  2. Masukkan no telefon anda atau alamat email
  3. Tick pada I’M not Robot
  4. Kemudian klik pada Sent Reset Instruction
SOALAN LAZIM (FAQ) TONTON

Apakah jenis kandungan yang tersedia?
  • Kandungan yang tersedia sentiasa berubah, tetapi akan sentiasa menjadi rumah untuk semua rancangan Media Prima. Anda boleh menonton pelbagai jenis rancangan daripada drama tempatan yang hebat, filem blockbuster antarabangsa dan banyak lagi.
Berapa banyak peranti yang boleh dilayari menggunakan akaun yang sama?
  • Anda hanya boleh menonton Tonton pada 2 skrin pada masa yang sama.
Boleh saya keluarkan iklan tersebut?
  • Pada masa ini, tidak mungkin untuk mengalih keluar iklan tersebut. Iklan tersebut membantu Tonton untuk kekal percuma.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang permasalahan berkaitan akaun anda, anda boleh menghubungi Tonton secara email tonton@tonton.com.my

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Read more Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content