Album Sitism Siti Nurhaliza Dikutuk "Siapa Hanat Yang Suggest Penyanyi Bernombor Keluar Album Dengan Konsep Yang Macam Ini"

SHARE:

Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat kejutan apabila mengumumkan bakal melancarkan album ke-20 yang berjudul Sitism. Menurut Siti, album...

Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil membuat kejutan apabila mengumumkan bakal melancarkan album ke-20 yang berjudul Sitism.

Menurut Siti, album yang diberi nama Sitism ini melambangkan kualiti, keadaan serta ideologi.

Foto: IG

“SITISM menggambarkan ciri khas dan kualiti yang terdapat dalam suara, karya, persembahan dan penampilan Dato’ Sri Siti Nurhaliza @ctdk di dalam album terbaharu ini.

“Nantikan album SITISM pada 30 Jun 2023 di seluruh platform digital,” kongsinya teruja.

Ternyata dengan perkongsian tersebut memberi keterujaan kepada peminat yang menyokong kerjaya penyanyi yang sudah berkecimpung di arena muzik selama lebih 25 tahun itu.


Namun disebalik keterujaan itu, ada juga yang tampil mengkritik buah tangan terbaharu pelantun lagu Anta Permana itu dengan mempersoalkan konsep album tersebut.

“Sitism kata nyer. Bila search kat Google keluar Autism. Imej & visual cyber retro futurism.

“Kau dah level penyanyi senior yang ada nama, not your level keluar album dengan imej & visual yang macam ni.

“Siapa lah hanatt yang suggest penyanyi bernombor keluar album dengan konsep yang macam ini,” kritik seorang individu.



Tidak berdiam diri, Siti tampil memberi respons terhadap kritikan tersebut dengan meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyiasat akaun-akaun tersebut.

“Cantiknya bahasa kakak-kakak ini @kakwanlebor @bonda_putehkundor

“Kita bagi SKMM check kejap!,” balas Siti.

Untuk info, Album Sitism bakal memuatkan 8 buah lagu hasil gabungan komposer berpengalaman dan baru manakala album Deluxe pula akan dilancarkan Ogos ini dengan 4 buah lagu istimewa! CARI

Sumber: XTRA

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content