Filem Headhunter

SHARE:

Saksikan filem Headhunter yang mula ditayangkan di Prime Video pada 29 Jun 2023. Mengambil latar abad ke-18, Headhunter yang ditulis, diarah...


Saksikan filem Headhunter yang mula ditayangkan di Prime Video pada 29 Jun 2023. Mengambil latar abad ke-18, Headhunter yang ditulis, diarahkan dan diterbitkan sendiri oleh Badd Badrul membawa kisah tentang budaya serta adat tradisi daripada suku kaum Iban di Sarawak sejak berabad lamanya.

Headhunter telah mendapat Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia yang ke-31. Manakala Anding Indrawani pula telah memenangi Anugerah Pelakon Harapan FFM-31 melalui filem yang sama.

Headhunter
Tarikh Tayangan: 29 Jun 2023
Penulis Skrip: Badd Badrul
Pengarah: Badd Badrul
Produksi: Indera Asahan

Watak Pelakon
Anding Indrawani, Chacha Maembong, Ebi Kornelis, Ahya Rosli, Zulaika Zahari

Sinopsis Headhunter
Mengangkat kisah empat sahabat baik yang membesar bersama sejak kecil.

Mereka adalah Anang, Lebor, Untai dan Siah yang melalui pahit manis kehidupan seharian bersama-sama.

Anang bagaimanapun melalui jalan hidup yang kurang menyenangkan. Tragedi menyayat hati terjadi apabila bapa Anang mati dibunuh dengan kepalanya dipancung oleh musuh bernama Sapik. Sejak itu Anang berikrar untuk membalas dendam atas kematian bapanya.

Masa berlalu, mereka beranjak dewasa. Anang dan Lebor telah dipanggil oleh Tuai rumah iaitu ketua rumah panjang bersama remaja-remaja yang lain untuk melakukan ekspedisi Ngayau sebagai salah satu syarat menjadi pahlawan Iban.

Mereka akan bergelar pahlawan Iban selepas mendapatkan kepala lalu diberi gelaran Bujang Berani.

Sapik sebaliknya masih dengan sikap jahat dan telah mengupah lanun untuk menyerang kaum Iban sehingga ramai terkorban.

Sapik juga sempat mengugut untuk membunuh Untai dan pada suatu hari,i Anang telah menemui bungkusan yang rupanya diisi dengan kepala Untai.

Persoalannya, siapa yang membunuh Untai?



COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content