Kategori Pengundi Pos Dalam Negara Dan Luar Negara

SHARE:

Undi pos merujuk kepada kaedah pengundian dalam suatu pilihan raya di mana kertas undi diedarkan kepada atau dikembalikan oleh pengundi mela...


Undi pos merujuk kepada kaedah pengundian dalam suatu pilihan raya di mana kertas undi diedarkan kepada atau dikembalikan oleh pengundi melalui pos, berbanding pemgundian biasa pada hari mengundi di pusat pembuangan undi atau secara elektronik melalui suatu sistem pengundian elektronik.

KATEGORI PENGUNDI POS DALAM NEGARA

TENTERA
Anggota tentera dan pasangan dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Mengundi Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Mengundi Awal kerana bertugas , mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

POLIS
Sebagaimana anggota tentera, anggota PDRM dan pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA) dikehendaki untuk mengundi semasa Hari Mengundi Awal. Namun bagi anggota yang tidak dapat hadir semasa Hari Mengundi Awal kerana bertugas, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.

PETUGAS MEDIA
Anggota media yang bertugas membuat liputan penjalanan pilihan raya di luar kawasan juga boleh memohon untuk mengundi secara pos. Mereka perlu mengemukakan permohonan melalui majikan masing-masing.

PETUGAS PILIHAN RAYA
Selain Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan pegawai-pegawai SPR, petugas-petugas pilihan raya yang dilantik membantu SPR melaksanakan pilihan raya turut diberikan kemudahan untuk memohon mengundi secara pos, terutamanya bagi mereka yang terpaksa mengundi di luar Pusat Mengundi di mana mereka ditetapkan bertugas.

  • ANGGOTA / PEGAWAI 9 AGENSI KERAJAAN
  • Anggota/pegawai dari Agensi/Organisasi yang telah diluluskan untuk mengundi pos oleh SPR yang bertugas semasa Hari Mengundi boleh memohon untuk mengundi secara pos. Agensi/Organisasi tersebut adalah:Anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PVR);
  • Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia;
  • Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);
  • Anggota Jabatan Penjara Malaysia;
  • Anggota Jabatan Kesihatan;
  • Anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM);
  • Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM);
  • Anggota Agensi Pengurusan Bencana Malaysia (NADMA);
  • Anggota Jabatan Pendaftaran Negara – Urban Transformation Centre (UTC); dan
  • Anggota Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Permohonan undi pos oleh anggota dan pegawai dari Agensi ini perlu dilakukan secara atas talian (online) di portal MySPR melalui pautan berikut: https://myspr.spr.gov.my/login. Garis panduan untuk memohon undi pos secara atas talian (online) pula boleh dimuat turun di laman web SPR.

KATEGORI PENGUNDI POS LUAR NEGARA

WARGANEGARA MALAYSIA DI LUAR NEGARA
Warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih bermastautin di luar negara adalah dibenarkan untuk memohon mengundi secara pos.

PELAJAR DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN
Pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi sepenuh masa di luar negara dan pasangannya yang telah didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara adalah dikategorikan sebagai pengundi pos secara automatik. Mereka tidak perlu memohon untuk mengundi pos. Apabila telah kembali ke Malaysia, PTH Luar Negara perlu memohon kepada SPR untuk menukar status kepada pengundi biasa.

PENJAWAT AWAM DI LUAR NEGARA DAN PASANGAN
Kelayakan sebagai pengundi pos secara automatik ini juga diperuntukkan kepada penjawat awam yang bertugas di luar negara serta pasangannya yang telah didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH Luar Negara). Mereka tidak perlu memohon untuk mengundi pos. Apabila telah kembali ke Malaysia, PTH Luar Negara perlu memohon kepada SPR untuk menukar status kepada pengundi biasa.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content