MYTV Mana-Mana Menyediakan Platform OTT Nasional Percuma

SHARE:

MYTV Broadcasting Sdn. Bhd (MYTV) mengumumkan pelancaran perkhidmatan siaran TV penstriman Over-the-Top (OTT) percuma Malaysia. Ketua Setia...


MYTV Broadcasting Sdn. Bhd (MYTV) mengumumkan pelancaran perkhidmatan siaran TV penstriman Over-the-Top (OTT) percuma Malaysia. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek merasmikan Prapelancaran MYTV Mana-Mana, pada 17 Mac 2023 (Jumaat) di Petaling Jaya, Selangor.

MYTV Broadcasting bertanggungjawab membangunkan dan mengendalikan infrastruktur serta kemudahan rangkaian Televisen Terestrial Digital (DTT) Malaysia sebagai Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional melalui landskap penyiaran.

MYTV Mana-Mana merupakan platform OTT nasional menyediakan rangkaian saluran TV, radio dan kandungan on-demand percuma daripada penyiar seperti RTM, BERNAMA TV, TVS, Suke TV dan TV Al-Hijrah dengan pelbagai program tempatan dan luar negara pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Kini MYTV Mana-Mana boleh ditonton di mana2.my dan boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play Store dan IOS App Store. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) KKD, Mastura Ahmad Mustafa dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Altel, Mohamad Helmi Harith.

Website : https://www.mana2.my/



COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content