Kedai Makan Setia Ikan Bakar

SHARE:

Kedai makan bernama Setia Ikan Bakar yang berada di lokasi Setia Alam Shah Alam ini memang baru sahaja dibuka dalam 2 minggu apabila saya be...


Kedai makan bernama Setia Ikan Bakar yang berada di lokasi Setia Alam Shah Alam ini memang baru sahaja dibuka dalam 2 minggu apabila saya bertanya kepada staff mereka. Kedai ini amat menarik kerana mempunyai ikan bakar dan aircond di dalam kedai.
Setia Ikan Bakar

17-G, Jalan Setia Utama AR U13/AR, Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, Selangor

019-255 9429

Pelbagai jenis menu tersedia daripada bakar, goreng dan juga kuah. Oleh itu akan meningatkan selera anda untuk makan disitu dengan banyak menu pilihan. Ikan bakar ada ikan siakap, keli dan pelbagai jenis ikan bakar yang lain tersedia.


Waktu operasi kedai tersebut pada dibuka setiap hari kecuali tutup pada hari Jumaat dan masa waktu dibuka ialah 11 pagi sehingga 4 petang sahaja. Bermakna daripada sini hanya menjual lauk waktu tengahari sahaja untuk makan.


Tempat makan yang luas dan juga selesa kalau hendak makan bersama dengan keluarga tercinta ataupun rakan sekerja. Sebab di kawasan tersebut banyak tempat orang bekerja. Kalau bekerja disitu boleh cuba makan tengahari di Setia Ikan Bakar.


Di dalam bahagian kedai mempunyai aircond berhawa dingin dan diluar kedai juga tersedia jikalau tempat dalam dipenuhi orang. Kalau datang bersama dengan keluarga, selepas ambil lauk terus duduk dan minta orang kira kerana risau tentang keselamatan anak. Jikalau datang bersendirian tanpa anak atau dengan kawan-kawan sahaja lepas ambil makanan terus bayar.

Satu lagi saya nak beritahu yang paling menarik ialah untuk golongan B40 kerana makanan disini memang murah macam kedai di warung tepi jalan tapi anda akan dapat duduk selesa di dalam aircond berhawa dingin dan menu pilihan yang banyak.

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content