Tesla Malaysia: Harga, Model, Spesifikasi, Tempahan Kereta

SHARE:

Tesla secara rasminya telah membuka tempahan model-model keretanya untuk pasaran Malaysia. Ini bermakna peminat kereta elektrik (EV) Tesla t...

Tesla secara rasminya telah membuka tempahan model-model keretanya untuk pasaran Malaysia.

Ini bermakna peminat kereta elektrik (EV) Tesla tidak perlu membeli kereta import dari luar negara kerana kereta ini secara rasminya telah dijual di pasaran Malaysia.

Ini juga bermakna, pembali tidak perlu risau akan perkhidmatan selepas jualan, servic dan pembelian alat ganti kerana semuanya akan diuruskan oleh pihak Tesla Malaysia.

Lebih menarik, harga untuk model Tesla yang dibawa masuk ke negara ini secara rasminya sebenarnya lebih murah berbanding model dari luar yang diimport ke sini.

Model

Buat masa ini, hanya Tesla Model Y yang telah dibuka untuk tempahan.

Jangkaan mendapat kereta ini adalah pada awal tahun 2024.

Menurut laman rasmi Tesla Malaysia, tempahan bagi model Tesla 3 juga akan dibuka pada masa hadapan.


Harga Tesla Malaysia

Mengikut halaman rasmi Tesla Malaysia, berikut merupakan harga rasmi Tesla Model Y untuk pasaran Malaysia:
  • Model Y (Asas) – RM199,000
  • Model Y (Long Range) – RM246,000
  • Model Y (Performance) – RM288,000
Spesifikasi & Varian

Tesla mereka bentuk Model Y dari bawah sebagai kenderaan elektrik menggunakan integrasi peringkat sistem secara keseluruhannya.

Setiap komponen, termasuk bateri, motor dan juga rekabentuk aerodinamik luaran dioptimumkan untuk mendapat manfaat antara satu sama lain dan mencipta salah satu kenderaan yang paling cekap, namun sangat berkuasa yang pernah dibina.

Berikut merupakan spesifikasi Model Y dari halaman rasmi Tesla Malaysia:






Tesla Model Y ini turut didatangkan dengan 5 pilihan warna:
  • Pearl White Multi-Coat
  • Solid Black – RM5,000
  • Midnight Silver Metallic – RM5,000
  • Deep Blue Metallic – RM5,000
  • Red Multi-Coat RM10,000
Fungsi Tambahan

Selain itu, pembeli yang membuat tempahan juga boleh mendapatkan beberapa fungsi tambahan seperti berikut untuk menjadikan kereta Tesla anda autonomous.
  • Enhanced Autopilot – RM16,000
  • Full Self-Driving Capability – RM32,000
Cara Membuat Tempahan Tesla Malaysia

Sekiranya anda ingin membuat tempahan, anda boleh melakukannya terus melalui laman web rasmi Tesla Malaysia:
  • Layari https://www.tesla.com/
  • Klik butang “Custom Order” pada Model Y
  • Pilih varian, warna dan lain-lain funngsi tambahan yang diingini
  • Pada bahagian bawah halaman tempahan, klik pada butang “Continue to Payment”
Sumber :eCentral

COMMENTS

Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy Table of Content